SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 2 Julai 2012

Hairie Othman Menjadi Taksub Di Atas Pentas PAS


       
 
        “Kenal saya tak? Saya berlakon filem Leftenan Adnan. Kalau tidak pernah tengok, tengok di Youtube. Kalau drama tengok drama waris. Tengok? Kalau tidak tengok, sebab saya jadi hantu” kata Hairie Othman.
          “Saya buat keputusan bersama wadah perjuangan lebih kurang sebulan lepas. Saya hendak bersama dengan perjuangan Islam dan bukan dengan perjuangan sekular. Saya teman kawan saya, Leman (Raja Lawak) berceramah di Batu Gajah, tiba tiba dia ajak saya naik pentas berceramah. Itu permulaan saya di atas pentas PAS” kata Hairie Othman.
               “Saya ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Haji Hadi, Mat Sabu. Yang penting saya dah bersama wadah perjuangan ini. Saya seru ramai-ramai keluar Barisan, naik roket pergi bulan dan tegakkan keadilan. Takbir!!!” kata Hairie Othman.     

           Inilah kata-kata yang disebut oleh Hairie Othman ketika berceramah di atas pentas PAS pada 30 Jun 2012 di Bukit Payung, Marang. Nampaknya Hairie sudah terlalu taksub hingga menyeru umat Islam naik roket bersama dengan DAP. Hairie tidak kenal lagi dengan DAP. Elok berjumpa dulu dengan Hasan Ali sebelum bicara soal DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan