SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 16 Julai 2012

BESTNYA! CONFIRM PKR AKAN HANCUR DISEBABKAN YB JAMBAN AZMIN ALI!

Kasih sayang Anwar Ibrahim kepada Azmin Ali sememangnya tidak boleh dipersoalkan. Azmin boleh buat apa-apa sahaja, Anwar Ibrahim tidak akan berani marah. Bahkan apabila Azmin sedang memporak-perandakan PKR dengan gelagat-gelagatnya yang gila kuasa dan kedudukan, Anwar Ibrahim yang merupakan KETUA KUKUBESI PKR, hanya mampu tersenyum dan mengalihkan kepada persoalan lain.

Namun sesuatu yang menjadi masalah di Selangor dan di seluruh Malaysia sekarang ialah, usaha-usaha terdesak Azmin Ali untuk memperkukuhkan kuasanya dalam parti tersebut. Dikatakan, sikap Azmin Ali sedang menjadi punca kepada perpecahan dalaman PKR yang sangat teruk biarpun PKR dan Anwar Ibrahim cuba untuk tidak atau buat-buat tidak peduli.

Azmin meletakkan orang-orangnya untuk PRU13!

Itulah yang dinyatakan oleh Raja Petra Kamaruddin atau RPK.

Menurut RPK, orang-orang yang dipilih oleh Azmin nanti adalah loyalist yang mempunyai pendirian, 'Apabila diminta untuk melompat parti akan bertanya, 'setinggi mana'.' Azmin memerlukan orang-orang seperti ini untuk membolehkan kedudukannya terjamin dalam PKR dan arus politik semasa.

Azmin amat sedar, dengan kehadiran seorang lagi anak perempuan Anwar Ibrahim dalam PRU13 nanti selepas Nurul Izzah serta gandingan Wan Azizah dan Anwar Ibrahim, sekaligus membentuk sebuah dinasti politik yang paling menarik sepanjang sejarah politik Malaysia, dia memerlukan pakatan lain yang lebih kukuh untuk memastikan dia terus hidup dan terus mendapat tempat dalam PKR.

Seperti yang diketahui, Azmin Ali bukanlah figur yang disukai oleh para pemimpin PKR sendiri. Apa yang dilakukan oleh Azmin Ali terhadap Khalid Ibrahim serta beberapa orang yang lain, termasuklah Zaid Ibrahim dan Jeffrey Kitingan, sudah cukup untuk menunjukkan keserakahan dan kerakusan Azmin Ali yang sudah tidak sabar-sabar untuk memanjat tangga tertinggi.

Justeru, jangan terkejut sekiranya Azmin Ali akan 'bekerjasama' untuk memastikan Anwar Ibrahim masuk ke penjara memandangkan untung paling besar akan diperolehinya sekiranya Anwar dipenjarakan. Lebih daripada itu, dengan pemenjaraan Anwar Ibrahim, anak-anak dan isteri Anwar Ibrahim juga akan kehilangan tempat dalam PKR!

HOUSE PK: Ini aku petik dari blog Flying Kick. Memang sah PKR akan berkubur disebabkan Azmin Ali dan aku pun sangat suka sebenarnya kalau parti yang gilakan seks bebas ni mampos dan terkubur. Ada pun takde faedah beb, bukan nak tolong rakyat pun, asyik penuh dengan skandal je! Ptuuihhh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan