Lagi Selebriti Wanita Bantai Abby Adabee??
Syabas aku ucapkan kepada Kak Jee kerana berani menyatakan kebenaran
dan apa yang terbuku di hati beliau. Aku yakin Kak Jee tidak memfokuskan
kepada Abby sahaja,
Kak Jee berceloteh secara umum. Ini termasuklah mana-mana artis
'basi' yang sekarang ini berdiri atas pentas pakatan dan biadap
menghentam kerajaan memerintah sekarang.
Muhasabahlah diri anda wahai artis yang lupa daratan!
Anda tak cukup sempurna untuk mengkritik orang lain!
Betulkan diri anda dulu sebelum ada hati nak tegur orang lain.
************************
Apa yang Kjee tulis ni, adalah luahan hati Kjee. Tidak khusus ditujukan kepada sesiapa tetapi ia adalah pemerhatian Kjee secara rambang. Kjee tahu Kjee akan dihentam berbakul2 oleh mereka tetapi itu sudah menjadi lumrah.
Steady Kak Jee |
Kjee nak story kali ni pasal insan2 yang berhijrah. Setiap kali ada
insan2 ini yang melaung2kan mereka telah 'berhijrah', Kjee tengok
'penghijrahan' mereka hanya setakat pakai tudung litup dan mengenakan
pakaian menutup aurat. Selain daripada itu, mereka lupa tutup sesuatu
yang sangat2 penting! Mulut mereka! .
Maaflah. Kjee cukup jahil berkaitan Agama. Tetapi Kjee cuba sedaya upaya
meneruskan dan melaksanakan apa2 tuntutan Agama kita seperti mana yang
telah diturunkan kepada Kjee. Kjee akui, peribadi Kjee dulu dan sekarang
amat berbeza. Tetapi Kjee tidak pernah gunakan perkataan 'berhijrah'
kerana perkataan itu terlalu 'keramat'!
Kalau setakat Kjee pakai tudung dan mengenakan pakaian yang menutup
tubuh yang sepatutnya, Kjee tak berani guna perkataan 'hijrah'. Hijrah
pada Kjee ialah, Kjee fokuskan diri jadi insan yang solehah, jauhi
segala yang dilarangNya. Jaga mulut, jaga adap sopan.
Dan
Kjee yakin Kjee belum boleh mendabek dada mengatakan Kjee sudah
berhijrah kalau Kjee tidak dapat melakukan semuanya dalam ertikata yang
sepatutnya. Mulut ini masih lagi tidak dapat dikawal. Dan kekadang
tingkah lakupun sukar hendak dibendung. Cakap ikut suka mulut dan
keadaan semasa.
Anyway, terlalu ramai yang
sekarang ini suka sangat menggunakan perkataan 'Hijrah'. Apakah dengan
berselindung disebalik perkataan 'Hijrah', seseorang itu sudah boleh
mencuci dosa2 silamnya?
Kjee berkata sedemikian sebab Kjee ada kenal seorang dua insan yang
berhijrah kerana hendak mencuci dosa2nya. Tetapi sedihnya, dosa lama
belum lagi sempat dicucinya, dia tambah lagi dosa baru iaitu mencaci,
menesta dan mengkeji.
Yang paling Kjee tidak sanggup ialah mereka yang setelah berhijrah,
terlupa 'tangan yang pernah menyuapnya makan dulu ataupun yang pernah
melindungi keluarganya dulu'. Tidakkah mereka sedar betapa besarnya dosa
mengenepikan insan2 yang pernah menghulurkan bakti kepada mereka?
Manusia Tak Sedar Diri! Ilmu Takat Sejengkal, Ada Hati Nak Blame Orang Lain |
Janganlah 'menakut2kan orang lain' yang ingin betul2 ingin 'berhijrah'. Buat apa pun, biarlah berpada2.
Allah Subhanata Ala tahu dan nampak segala2nya. Dan Allah swt Maha Pengampun!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan