HOT : TAK PERLU PERGI JAUH-JAUH UNTUK MANDI BUIH..
Sekalung tahniah di atas kejayaan Khalid Gagap membangunkan Selangor!!!
Daerah
Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar
pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang
menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.
Tinjauan
pelbagai pihak di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan
apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya
bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.
Bagi
sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti
terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai
yang dijadikan pusat seks.
Dipendekkan
kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun
lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal
dengan tawaran khidmat seks.
Lebih
memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang
malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di
situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan