SIAPA KONDUKTOR YANG MENGOKESTRAKAN ISU PEMBANGKANG?
Najib sedang diserang dari dalam.. |
SIAPA sebenarnya yang
menjadi konduktor untuk mengokestrakan isu terutamanya yang membabitkan Perdana
Menteri Najib dan isteri beliau Rosmah Mansor hingga sehingga ke hari ini Najib
dan isterinya dijadikan sasaran serangan bertubi-tubi daripada pihak
pembangkang.
Serangan terhadap Najib,keluarganya
serta kepimpinan beliau dilihat begitu tersusun rapi dan sebagai contoh isu
lama seperti Scorpene,kematian Alatantunya dan mengaitkan kononnya Rosmah
sebagai Perdana Menteri terus dicanangkan.
Pemerhati politik tempatan
melihat bahawa ada konduktor sebenarnya yang menjadi perancang kepada
segalanya ini malah bukan sahaja isu Scorpene yang sedang hangat
diputarbelitkan oleh pembangkang,kebocoran maklumat juga menjadi begitu tidak
terkawal sejak akhir-akhir ini malah terbaru pemerhati politik dan rakyat mula
berteka teki bagaimana Minit Mesyuarat Pelaksanaan projek MRT boleh jatuh ke
tangan pembangkang.
Berbagai-bagai tekanan
sedang diberikan terhadap Najib dan kepimpinannya. Berbagai-bagai serangan
peribadi sedang dihalakan kepada beliau seolah-olah mahu Najib mengaku kalah
.
Rakyat dibawah menjadi
hairan bagaimana dokumen itu boleh berada ditangan Rafizi Ramli dan didedahkan
oleh bloger AnakSungaiDerhaka tapi kita percaya kepada kecekapan polis yang
pasti akan berjaya membawa tali barut ini ke muka pengadilan.Dan kita sedang menunggu siapa dalangnya?
Itu yang paling baru,sebelum
ini bocor juga satu Minit Mesyuarat berkaitan FELDA terutamanya membabitkan
penyenaraian Felda Global Venture Holding hingga otak para peneroka ada yang berjaya
diputarsongsang oleh pembangkang.
Mangkuk ayun ini dapat Minit MRT ini darimana? |
Kebocoran maklumat sebegini
tidak harus dipandang ringan dan sesiapa sahaja,tidak kira siapa yang terlibat
harus dihadapkan di muka pengadilan dan diberikan hukuman setimpal senadainya
terbukti mereka menjual maklumat dan hidup kaya raya,bermewahan hingga mampu
membina rumah berharga jutaan ringgit(khabarnya ada lift).
Pembocoran maklumat dalaman
yang diklasfikasikan dibawah Akta Rahsia Rasmi membuatkan pihak polis menubuh
pasukan untuk menyiasat bagi mencari dalang sehingga pembangkang memperolehi
segala dokumen-dikumen itu dan polis sudahpun mula menyiasat siapa konduktor
tersebut.
Kita juga menjadi hairan
bagaimana senarai keanggoatan petugas untuk Ops 2020 (sebelum ini saya sebut
Ops Kampus) boleh jatuh ketangan Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution dan
kerana kebocoran maklumat tersebut Ops ini dihentikan dan Bilek gerakan
diarahkan agar ditutup.Siapa atau agensi mana yang mencatat Minit Mesyuarat
Sekretariat itu yang diPengerusikan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Razali
Ibrahim?
Siapa yang dedahkan maklumat ini kepada SUA PKR? |
Kita juga hairan bagaimana
SUA PKR ini dengan segala pembuktian melalui dokumen seperti laporan perubatan
Psurawi dibenarkan sewenang-wenangnya menghina mahkamah sedangkan ketika itu sedang
berlangsung perbicaraan Anwar Ibrahim.Adakah Saifuddin juga kebal dari tindakan
polis ataupun tindakan undang-undang sepertimana kebalnya Anwar dan siapa yang
melindungi beliau?Betulkah ada yang mengarahkan pihak polis supaya tidak
menangkap SUA PKR itu?Siapa yang mengarahkannya?
Adakah Najib membela biawak
hidup disekelilingnya?Adakah Najib bersetuju pada perlantikan yang salah
pegawai-pegawai yang sepatutnya membantu beliau mengukuhkan parti dan
kerajaan?Gerakan pembangkang menjadi semakin kuat apabila penededahan-pendedahan
maklumat sebegini jatuh ke tangan mereka dan Anwar terus beraja
dimata,bersultan dihati walaupun selayaknya beliau tidak harus lagi mendapat
tempat walau seinci pun dinegara ini.
Adakah kebocoran maklumat
ini datang dari Pejabat Perdana Menteri? Datang dari Biro Tata Negara atau
Majlis Keselamatan Negara ataupun JASA?Kita bukan mahu prejudis tetapi bila
melihat kebocoran maklumat berlaku,kita merasakan ada yang tidak kena dan kalau
ini dianggap ringan pasti pihak Polis tidak menubuhkan Pasukan Khas Siasatan
yang di ketuai oleh Dato Hadi Ho Abdullah,Timbalan ketua Siasatan Jenayah Bukit
Aman.
Isu Scorpene sepatutnya
sudah lama mati sepertimana matinya Alatntunya dan mahkamah sudahpun memutuskan
keputusan yang tidak ada kaitan dengan PM Najib termasuklah Rosmah tetapi
pembangkang terus memainkan isu ini dan seolah-olah ada arahan agar isu ini
terus didendangkan.Moga saya tidak prejudis ketika menulis tentang ini.
Kerana laporan ini SUA PKR dihalang dari ditangkap polis.. |
Mahkamah memutuskan dalam
kes Alatantunya,bukan sahaja Najib,Rosmah pun tidak terlibat baik secara
langsung atau tidak langsung tetapi bila berkaitkan Najib pembangkang
seolah-olah tidak mahu menerima dan tetap menganggap Anwar yang keji itu lebih
mulia moralnya dari Najib.
Kisah percintaan hingga
membawa kepada pertunangan anak PM Najib dan Rosmah juga sedang dimainkan oleh
pembangkang di pentas ceramah.Dimana salah Najib dan Rosmah dalam soal anaknya
ini dan kalau benar tuning anak Najib itu terlibat dalam kegiatan
jenayah,adakah Najib dan Rosmah akan dipersalahkan malah kita percaya kalau
benar tunangnya itu seorang penjenayah seperti yang dilaporkan,kita pasti anak
Najib dan Rosmah ini akan memutuskan pertunangan tersebut.
Tapi pembangkang mainkan isu
ini seolah-oleh menjadikan Najib,Rosmah dan anaknya itu sebagai seoarang
penjenayah.Lihatlah betapa jahat,kotor serta kejinyanya pembangkang manipulasikan
isu tetapi yang nyata Najib sedang ditikam dari belakang malah apa yang sedang
berlakui seolah-olah mahu menamatkan pemerintahan Najib sebagai Perdana menteri
dan meruntuhkan keperkasaan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pemerintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan