PANAS : NIK AZIZ BENGANG BILA ADA ORANG BERANI SANGKAL FATWANYA...
Seperti
biasa, bila setiap kali Nik Aziz buka mulut je...dia akan berlagak
pandai memutarbelitkan ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran walaupun
ulasannya yang dikeluarkan itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa
dia seorang yang nyanyuk, berhati tebal dan bertelinga nipis.
Teruja
dengan gelaran Tok Guru dan segala macam puji-pujian yang diberikan
kepadanya, selain membesar-besarkan pendustaan terhadap pencapaian Nik
Aziz selaku pemimpin politik mahupun dari segi keilmuwan agamanya, Nik
Aziz cuba mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku sekarang dengan
menggunakan dalih-dalih agama untuk kelirukan rakyat....
Pada
27 Mei lalu, Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman
Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan
masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan,
kebodohan dan kesesatan.
Kenyataan
beliau itu menimbulkan perasaan tidak selesa di kalangan sesetengah
pemimpin dan penyokong Pas, malahan ada pemimpin parti itu mahu tahu apa
pula jawapan Dr. Sulaiman jika ditanya mengenai orang Islam yang
menolak pelaksanaan hukum Islam.
Dan
kelmarin, Dr. Sulaiman mungkin sekali lagi membangkitkan perasaan tidak
selesa pemimpin dan penyokong parti tersebut apabila menegaskan adalah
haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak
mahu menjatuhkan kerajaan Islam yang memerintah walaupun dalam
kepimpinan didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.
Selain
itu, beliau juga berhujah tindakan untuk menjatuhkan kerajaan Islam
adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam itu mahu
menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih
besar.
Mungkin
seperti biasa, tidak kira siapa pun ulama yang memberi pandangan selagi
ia tidak memihak kepada politik pembangkang, selagi itulah ia tidak
akan diterima dengan hati terbuka.
Sebaliknya,
selepas ini mungkin kita akan mendengar pelbagai hujah oleh
pemimpin-pemimpin pembangkang yang menegaskan kenapa mereka mahu
menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tonggak
utamanya.
Hujah
yang selalu kita dengar daripada Pas adalah UMNO tolak Islam tetapi
mereka sengaja tidak mahu mengakui bagaimana kedudukan Islam di negara
ini terus dimartabatkan dari semasa ke semasa sehingga menjadi contoh
kepada negara Islam yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan