SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 17 Julai 2012

BR1M LAGI KEPADA RAKYAT

WANG KERTAS BARU MENANTI PENERIMA BR1M KEDUA
Menjelang bulan Ramadan AL-Mubarak dan Hari Raya Aidil Fitri, cadangan supaya kerajaan memberi bantuan kali kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khabar terkini di peringkat akhir perbincangan. 


Alhamdulillah pihak kerajaan begitu peka kepada keperluan rakyat, tidak perlu berjanji sehingga 5 tahun pun masih belum tertunai. Teringat janji-janji manis Pakatan Rakyat sebelum memerintah http://mymassa.blogspot.com/2012/07/lagu-yb-zuraidah-big-jancimu-taroe.html, konon akan beri RM50 sebulan kepada ibu-ibu tunggal, konon akan beri RM150 sebulan kepada anak-anak Selangor. Janji tahun 2008 sehingga kini 2012 tak mampu menunaikannya. 

WANG KERTAS BARU YANG LEBIH CERIA


Dengan adanya bantuan BR1M kedua ini, Mymassa percaya rakyat golongan berpendapatan rendah sudah pasti akan berasa lega dan gembira. Keprihatinan DS Najib adalah punca sebenar rakyat semakin menghargai usaha kerajaan.


Terkenang suatu masa dahulu, wang kertas not RM500 dan RM1000 digunakan untuk membeli undi untuk menjadi Presiden UMNO dan seterusnya Perdana Menteri Malaysia. 


Nasib baiklah PM pada masa itu bijak, membatalkan sah laku wang itu dan kini tersimpanlah wang itu di luar negara tanpa boleh digunakan. Hanya apabila Anwar Ibrahim menjadi PM barulah wang-wang itu disahkannya semula dan dibawa masuk ke Malaysia. 


Adakah ianya wang berjumlah RM3 Billion itu? Sehingga ke hari ini Anwar masih berdiam diri, namun kekayaan luarbiasa ini amat menterkejutkan rakyat Malaysia http://mymassa.blogspot.com/2012/07/gambar-kereta-mewah-pemimpin.html


Azmin Ali turut menyimpan RM10 Juta di Singapura kata Syed Husin Ali http://www.anwaraidc.com/?p=4934

Tiada ulasan:

Catat Ulasan