SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 17 Julai 2012

Laungan "We Want Peace" Bukti Belia Menolak Politik Jijik Pakatan Pembangkang



Program IM4U yang dilancarkan pada hari ini telah berjaya menarik lebih kurang 50,000 peserta . Perkarangan Esplanade KLCC mula dikunjungi belia seawal 8 pagi lagi. Pelbagai gerai pameran telah dibuka untuk pengunjung-pengunjung yang berminat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di perkarangan KLCC pada pukul 11:30 pagi dan melawat beberapa gerai sambil diiringi Menteri Belia dan Sukan , Datuk Seri Shabery Cheek dan Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishamuddin . Perdana Menteri kemudiannya meninggalkan perkarangan KLCC bersama Menteri yang mengiringi beliau untuk makan tengahari .




Tepat pukul 5 petang, Perdana Menteri sekali lagi tiba di Esplanade KLCC untuk merasmikan Program IM4U dan Dana Sukarelawan 1 Malaysia. Beliau merakamkan rasa bangga kepada belia-belia yang terlibat dalam perhimpunan 1M4U yang diadakan pada hari ini. Dengan sorakan 'We Want Peace' yang menyambut beliau semasa tiba untuk perasamian, Datuk Seri Najib yakin sebahagian besar belia dalam negara ini cintakan keamanan, dan bencikan perbalahan dan permusuhan.

Datuk Seri Najib menyatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh belia penting untuk pembangunan negara dan pembinaan negara bangsa yang berjaya. Tema IM4U yang dipilih menunjukkan kerajaan pada hari ini adalah kerajaan untuk golongan belia. Platform IM4U adalah untuk para belia tampil ke hadapan untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara secara sukarela melalui aktiviti-aktiviti sukarela yang diminati mereka selagi memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Belia boleh terlibat dalam pemuliharaan alam sekitar, pembangunan pendidikan dan juga dalam bidang penjagaan kesihatan.


Datuk Seri Najib berharap, satu gelombang besar-besaran di kalangan orang muda di seluruh negara untuk membantu masyarakat dan negara akan berlaku melalui IM4U . Gelombang sebegini akan mewujdkan sebuah negara Malaysia yang prihatin . Menurut Perdana Menteri, walaupun belia menyertai program IM4U secara sukarela , dana masih diperlukan untuk peralatan-peralatan dan bahan mentah yang diperlukan untuk menjalan kerja-kerja sukarela. Dengan itu, Datuk Seri Najib telah mengumumkan Dana Sukarelawan 1 Malaysia atau DR1M sebanyak RM 100 juta ringgit. Pengumuman dana berjumlah RM 100 juta diiringi dengan tepukan gemuruh dari belia-belia yang hadir.

Lembaga Amanah IM4U akan diketuai oleh Datuk Seri Najib sendiri untuk memantau pengaliran keluar dana yang diperuntukkan. Persatuan-persatuan belia boleh memohon secara online dana IM4u untuk kerja kesukarelawan yang ingin mereka lakukan.

Sumber KL POS


Psssttt.... Belia ada otak, Pembangkang ada apa? Cer cite cer cite...

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan