SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 26 Julai 2012


Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jakim sudah puas makan #gajiharam?


Dalam banyak keadaan penyokong pembangkang yang bekerja dalam kerajaan tidak akan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka secara bersungguh-sungguh dan berkesan atas beberapa sebab : pertama, mereka sendiri menentang dasar kerajaan sedia ada, iaitu dasar kerajaan BN, kedua, mereka sengaja tidak melakukan tugas dengan jujur dan baik kerana mereka tidak mahu kerajaan BN nampak bagus di mata rakyat; ketiga, mereka akan mensabotaj kerajaan dengan menyebarkan fitnah terhadap kerajaan BN atau melaksanakan sesuatu yang boleh menyebabkan kemarahan rakyat; keempat, menggunakan kemudahan dan pembiayaan dari kerajaan BN bukan untuk menjelaskan dasar-dasar BN, tetapi untuk menyebarkan ideologi pembangkang. 

Atas keempat-empat sebab ini, bolehkah dikatakan yang penyokong pembangkang yang menjawat jawatan di dalam kerajaan hidup dan menyara keluarga dengan gaji yang halal?

Mengambil kira kes Timbalan Pengarah Jakim ini, mungkin ini merupakan antara punca  kenapa Nik Aziz boleh mengeluarkan pandangan Tuhan pun mencarut tanpa sebarang teguran dan tindakan tegas. Mungkin ini juga punca kenapa dasar-dasar Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan BN tidak dijelaskan dengan baik di akar umbi sebaliknya jawatan, elaun dan pembiayaan yang diberikan oleh kerajaan BN ini digunakan pula untuk tugas dan kerja pembangkang.

Ada mana-mana ustaz yang berani mengatakan sumber gaji penjawat awam yang menyokong pembangkang masih halal sekiranya mereka melakukan salah satu dari empat perkara di atas?

Penjawat awam tidak memutuskan dasar, tetapi diamanahkan menjadi pelaksana dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan yang memerintah. Bukankah mereka seharusnya melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pembayar gaji mereka dengan bersungguh-sungguh? 

Jika mereka tidak bersetuju dengan sesetengah aspek pelaksanaan, bukankah mereka bertanggung jawab untuk menegur kerajaan menggunakan platform yang mereka ada sebagai penjawat awam dan melakukan penambah baikan? Atau, jika benar, mereka tidak boleh mentaati pemimpin tertinggi kerajaan BN dan melaksanakan apa yang diamanahkan kepada mereka, bukankah lebih `halal' gaji mereka jika mereka meletakkan jawatan?

Jangan gunakan alasan gaji ini adalah gaji yang dibayar oleh pembayar cukai. Fahamkan dulu bahawa cukai yang dikenakan kerajaan bukan seperti menyimpan wang di dalam akaun bank. Selepas cukai dibayar, ia menjadi hasil kerajaan sedia ada yang akan dibelanjakan mengikut dasar dan perancangan kewangan yang diluluskan di Parlimen. 

Sebagai penjawat awam, untuk setiap sen yang mereka terima, tanggung jawab mereka adalah untuk melaksanakan  dengan bersungguh-sungguh amanah pemimpin kerajaan sedia ada, iaitu untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan penuh integriti dan tepat pada waktunya untuk manfaat rakyat dan negara. Mereka juga bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada rakyat tentang kebaikan dasar-dasar ini dan manfaatnya kepada rakyat dan negara. 

Jika mereka langsung tidak bersetuju dan tidak mampu melaksanakan amanah ini, maka adalah lebih baik mereka meletakkan jawatan dari terus menerus makan gaji dan menyara keluarga dengan gaji yang `tidak halal'.



DEDAH!!! Ramai pencacai PAS didalam JAKIM rupanya..

Baru-baru ini bekas Timb Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Yusof Hassan telah menyerahkan borang untuk sertai PAS ke tangan Presiden PAS sendiri DS Abd Hadi Awang bertempat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

"Saya berasal daripada keluarga yang kuat PAS, dan saya sememangnya adalah PAS, di kalangan kawan-kawasan saya dikenali ahli PAS. Cuma pada hari ini adalah secara rasmi saya masuk PAS," katanya.

"Rakan-rakan di dalam Jakim selalu menuduh saya orang PAS apabila mereka meneliti riak-riak dan hujah-hujah saya, cuma mereka tidak ada bukti.

Jadi hari inilah buktinya. Tuduhan rakan-rakan saya adalah benar," katanya.

Beliau yang baru enam bulan bersara daripada Jakim, mengakui
 ramai di kalangan rakan-rakan di dalam jabatan itu mahu menyertai PAS cuma masanya belum tiba lagi.

Patutlah Pas semakin berleluasa mempermainkan Islam tanpa sebarang kawalan, rupanya dalam Jakim sendiri banyak talibarut Pas..

Gua rasa, sebagai institusi agama yang dipenuhi oleh ulama, Jakim perlu serius dan bukan hanya menjadi penonton kepada sandiwara politik Pas.

Jakim mempunyai kemampuan melalui penggemblengan organisasi seperti Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Institut Kefahaman Islam (IKIM) serta ulama yang dibiayai oleh kerajaan.

Jakim boleh membuat penjelasan segera di seluruh negara terhadap sebarang kenyataan Pas yang bercanggah dengan Islam. Jangan hanya meletakkan tugas itu kepada UMNO sahaja.

Tindakan UMNO tak mudah diterima oleh sesetengah pihak kerana ia dianggap sebagai parti politik, tetapi Jakim adalah institusi agama tertinggi dalam negara.

So.., dengan pendedahan bahawa ramai penyokong Pas berkerja dalam Jakim, gua harap pihak tertinggi dapat 'berbuat sesuatu' demi menjaga aqidah umat Islam di Malaysia..

Kalau Jakim pun tak boleh diharap nak halang Pas menyelewengkan agama, pada siapa lagi nak kita harapkan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan