SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Rabu, 11 Julai 2012

Presiden Boneka PKR Wan Azizah Terus Menyerang PDRM & Hishammuddin


Presiden Boneka


Gomo melihat sahaja setakat ini pergerakkan permainan Wan Azizah Presiden PKR dalam arena politik tanah air. Boneka yang memainkan peranan begitu besar waktu ini dalam mewujudkan sentimen benci Kerajaan terutama pihak PDRM dan khusunya Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato Seri Hishammuddin Tun Hussin Onn.

Dah hampir sebulan Wan Azizah menfokuskan mengenai isu jenayah yang ada di Malaysia dan boleh Gomo katakan Wan Azizah sedang membina keupayaan untuk terus mengasak PDRM dan KDN yang kononya tidak berektika dan profesional.

Semalam daam satu sidang media Wan Azizah mempertikaikan peranan yang diambil oleh pihak Polis atas tindakan melepaskan tembakan kepada penyerang pedang Samurai di hadapan Pejabat Perdana Menteri. Malah tidak cukup dengan mengkritik PDRM beliau memperlekehkan peranan yang dimainkan oleh Hishammuddin selaku menteri yang bertanggungjawap.

Kenyataan Boneka Anwar Ibrahim:

Semalam, seorang lelaki yang bersenjatakan parang telah ditembak di perkarangan Jabatan Perdana Menteri, manakala seorang sukarelawan St John Ambulance (Tang Mui Choo) mati akibat terjatuh daripada motosikal kerana kejadian ragut berhampiran Damansara Jaya dan mayatnya telah ditemui di saluran air.
Ini hanyalah beberapa contoh kejadian yang berlaku.
Apa yang saya benar-benar melihat adalah kenyataan Menteri Dato' Seri Hishammuddin Hussein itu tidak punyai perasaan ihsan kepada seluruh rakyat Malaysia.- Wan Azizah Presiden PKR


Apa yang Gomo nak persoalkan disini adalah isu keselamatan rakyat Malaysia itu sendiri yang mana jika pekara sepertimana yang berlaku dihadapan pejabat Perdana Menteri berulang kembali apakah penjenayah sebegitu perlu diberikan layanan bagaikan diraja? Apakah penjenayah perlu disambut dengan paluan kompang?

Wan Azizah dan beberapa pimpinan Pakatan sebenarnya sedang cuba menjatuhkan imej PDRM yang mana dalam masa yang sama menghasut rakyat agar memperlekehkan peranan yang dimainkan oleh PDRM selama ini dalam menjaga rakyat Malaysia. Apa yang Wan Azizah selaku Presiden PKR dan juga bekas Ahli Parlimen lakukan dalam membantu pihak Polis dalam membanteras jenayah?

Ini lah pemimpin pembangkang yang cukup mudah mengkritik dan melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada PDRM dan agensi kerajaan terutama pengkuatkuasa yang lain. Ironinya sedikit pun mereka tidak sama membantu PDRM dan agensi lain dalam mengembeling usaha dan tenaga dalam mengurangkan kadar jenayah di Malaysia dan memberikan kesedaran kepada rakyat untuk menajuhi jenayah.


Kejayaan PDRM Di Selangor Mendatangkan Benci DAP pada pihak POLIS

Lihat sahaja di Selangor apabila Pakatan PAS,DAP,PKR mengambil alih kerajaan dari Barisan Nasional apa yang mereka lakukan? Judi internet berleluasa, rumah urut penuh setiap ceruk dan bermacam macam lagi perniagaan yang mana boleh ditakrifkan sebagai HARAM berleluasa begitu hebat di Selangor. Apakah itu semua tidak menyumbang kepada jenayah? Apakah dengan melambakkan perniagaan sebegitu mampu mengurangkan kadar jenayah?

Rakyat Malaysia waktu ini sebenarnya sedang dalam amukkan pemimpin pembangkang yang sedang berusaha gigih untuk menjatuhkan imej dan intergriti pihak PDRM. Pelabagai cubaan yang mereka lakukan dalam menyerang PDRM dan kita sendiri pastinya masih ingat bagaimana kemarahan mereka ini dilepaskan secara membuak buak pada BERSIH 3.0 tempoh hari.

Rakyat Malaysia perlu jujur pada diri sendiri bahawa PDRM memberikan satu perlindungan keselamatan buat rakyat Malaysia. Jika wujud salahgunakuasa ataupun sebarang insiden yang melibatkan anggota ataupun pegawai PDRM ianya semua adalah masaalah peribadi dan pihak PDRM mengambil sebarang aduan dan tomahan dalam kes tersebut.

Rakyat Malaysia perlu sedar peranan dan tanggungjawap PDRM dan sudah pastinya asakkan dari pemimpin pembangkang terutama Wan Azizah waktu ini perlu diperhalusi dengan mendalam dan melihat skop politik yang dibawa oleh mereka pembangkang ini.


Pembangkang yang tidak bertamadun

Jangan kerana kita mudah terhasut dengan permainan pihak pembangkang maka kita terhasut dan menekan pihak PDRM. Jika tidak berpuas hati ada saluran yang boleh dilakukan dan jika ada yang sumbang maka suarakan secara berhemah dan bukannya dengan amukan sehingga melabelkan pihak Polis sebagai anjing kerajaan.

Rakyat Malaysia semakin matang dan Tranformasi yang dibawa Perdana Menteri Malaysia adalah satu mercu tanda yang kita semua warga Malaysia perlu matang dan membuka minda akal ini untuk pergi lebih jauh dalam membawa Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

Peratahankan PDRM

Psssttt.... Wan Azizah boneka Anwar Ibrahim... Sungguh memalukan


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan