Fathul Bari Seru Golongan Agamawan Main Peranan Kawal Penularan Fitnah Blogger.
Untuk itu, beliau menyeru setiap ilmuwan dan agamawan di negara ini supaya bersama-sama memainkan peranan di dalam mengawal penularan budaya fitnah dan provokasi tersebut daripada berterusan mempengaruhi minda masyarakat Malaysia terutamanya golongan muda.
Sambil menegaskan pentingnya budaya tersebut dielakkan, beliau turut mengingatkan tentang perlunya kerjasama di antara pemimpin-pemimpin politik untuk menangani masalah tersebut daripada berterusan mempengaruhi minda masyarakat di negara ini terutamanya golongan muda yang tidak dapat dipisahkan dengan dunia internet.
“Secara prinsipnya kita sama sekali tidak bersetuju dengan apa jua bentuk fitnah dan provokasi. Ada blogger dari kalangan pembangkang dan dari Umno, masing-masing ada sumbangan fitnah sendiri.
“Sewajarnya golongan agamawan-agamawan dan ilmuwan-ilmuwan memperbetulkan keadaan ini, perlu bekerjasama kurangkan budaya melontarkan persepsi tanpa fakta dan bukti agar kita hidup dalam suasana yang menganalisa sesuatu sebelum menjatuhkan hukum,” katanya.
Beliau berkata demikian di dalam sidang media selepas program debat anjuran akhbar Sinar Harian bartajuk ‘PRU-13: Orang Muda Pilih Siapa?’ di Auditorium Karangkraf, di sini, hari ini.
Terlebih dahulu di dalam hujahnya, Fathul menegaskan golongan muda perlu menolak pemimpin-pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara, menimbulkan propaganda dan persepsi tanpa disokong bukti serta fakta kukuh sehingga menyebabkan fitnah terhadap pihak lain.
Menurutnya, sikap ahli politik yang suka menimbulkan persepsi salah terhadap pihak lain diibaratkan seperti politik 'ala syaitan' yang hanya akan memburukkan pihak lain.
Sumber KL POS
Psssttt... Khabarnya teruk Tantawi ketua Pemuda PAS semalam, kita tunggu Full Videonya..huhuhu
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan