SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 30 Julai 2012




Dari Blog Ahli Parlimen Kota Belud :-
Akhirnya Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin dan Datuk Seri Panglima 
Wilfred Bumburing membuat keputusan untuk keluar dari 
Barisan Nasional dan merapatkan diri dengan Pakatan Rakyat.

Walaupun BN Sabah merasa "sedih" 
dan "kesal' dengan berita ini tetapi 
secara jujur dan ikhlas, respon yang 
saya dapati dari kalanga ahli-ahli BN 
ketika ini lebih kepada menghembuskan 
nafas kelegaan. Lega kerana satu episod
 lambaian "bye-bye" politik yang terlalu
 lama dan yang penuh dengan babak-babak 
dramatik dan retorik yang memenatkan telah berakhir.
Dalam Twitter saya berjenaka, "sukan olimpik
baru bermula hari ini, tetapi sudah ada rakyat
Malaysia menang pingat emas acara LOMPAT!"


Kenapa Lajim dan Bumburing meninggalkan BN? Banyak spekulasi yang 
dibuat mengenainya. Daripada kekecewaan tidak mendapat apa yang 
dihajati di dalam BN kepada janji yang diumpan oleh pihak sebelah kepada
 tuduahan bahawa BN gagal mentadbir negara. Apa pun sebabnya, itu adalah 
hak kedua-dua pemimpin tersebut. Malaysia adalah negara demokrasi dan
 sesiapa pun berhak untuk menggunakan landasan yang disukai dalam 
perjuangan politik mereka.

Sejak akhir-akhir ini, pembangkang mendakwa Lajim mempunyai pengaruh 
di Beaufort dan perletakan jawatannya dalam UMNO akan memberi tamparan
 hebat kepada BN. Puluhan tahun menjadi wakil rakyat di jadikan alasan 
populariti tersebut. Tetapi saya mempunyai pendapat berbeza. Pengaruh
 beliau di situ bukan semata-mata kerana populariti beliau sendiri tetapi 
kerana kekuatan parti UMNO yang menjadi pilihan kepada rakyat di Beaufort. 
Majoriti rakyat Beaufort terutamanya pengundi Islam mempunyai pandangan jauh. 
Mereka mengundi parti bukan indidvidu. Sekadar seorang individu tidak akan 
dapat menjamin kepentingan mereka terjamin.

Membaca komen-komen dalam garisan masa Facebook saya, ramai yang 
menjangkakan akan berlaku pergolakan di dalam Pakatan Rakyat Sabah 
dalam masa yang terdekat ini. Lajim, kata mereka, sudah tentu akan menuntut
 tampuk kepimpinan Pakatan Rakyat jika beliau mahu menjadi Ketua Menteri Sabah. 
Ada juga yang mengatakan bahawa Lajim mahu senarai calonnya digunakan 
untuk memastikan calon-calon pilihan beliau menjadi calon Pakatan. 
Tujuannya ialah untuk memastikan  tidak ada tentangan dari dalaman 
bila beliau mahu menjadi Ketua Menteri nanti.

Persoalannya bagaimaan pula dengan pemimpin awal dan veteren Pakatan 
Sabah yang selama ini berhempas pulas dan berkorban masa, tenaga dan 
wang ringgit untuk berjuang di dalam Pakatan sejak 1998. Bagaimana perasaan
 mereka jika ada orang luar dari parti mereka masuk dan diangkat menjadi 
pemimpin dan menentukan dasar-dasar parti tanpa individu-individu ini melalui 
proses pengorbanan yang perit dalam Pakatan? Sudah tentu mereka akan tidak 
berpuas hati dan akan menunjukkan protes mereka. Kita tunggu dan lihat samada
 telaan itu benar atau tidak.
  

Saya ingin ambil kesempatan ini untuk membawa satu fakta yang menarik 
mengenai UMNO.  Ada yang hairna kenapa UMNO mampu bertahan lebih 
70 tahun walaupun dalam sejarahnya ramai pemimpin kecil dan besar 
bertindak keluar parti, meletak jawatan atau bersara. Ada beberapa sebab.

Pertamanya UMNO ditubuhkan atas dasar perjuangan bukan kerana individu. 
Maknanya, ahli UMNO mendokong UMNO kerana dasar perjuangannya. 
Oleh sebab itu, individu sebesar mana sekalipun tidak menjadi perhitungan 
dalam perjuangan mereka dalam UMNO. Berlainan dengan Pakatan rakyat. 
Padamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kepimpinan Pakatan, Pakatan akan 
mengalami krisis kepimpinan yang kronik. Pakatan adalah berasaskan 
individu bukannya kepada perjuangan.

Keduanya, struktur hierarki atau tatatingkat UMNO diolah sebegitu rupa 
untuk tidak terganggu gugat jika berlaku insiden pemimpin meninggalkan parti. 
Bagi sesetengah orang luar yang kurang faham, sistem tatatingkat pelbagai UMNO 
contohnya Supreme Council, Perhubungan Negeri, Bahagian, Cawangan 
dan sayap-sayap dilihat sebagai redundant atau berlebihan. Tetapi sebenarnya
 itulah yang menjadi kekuatan UMNO kerana jika ada seorang pemimpin 
berpaling tadah, sistem berlebihan ini sukar untuk menjadi lemah dalam 
sekali gus. Kalau ada pemimpin atasan meninggalkan parti, belum tentu 
sayap wanita, pemuda, puteri dan putera akan menyokong beliau dan 
struktur parti secara keseluruhan masih kekal. Bagi Pakatan, oleh kerana
 kepetahannya bercakap dan aura sebagai penceramah, Anwar Ibrahim 
bercakap terus dengan ahli partinya tanpa perlu sistem Cabang, Negeri 
dan Pusat. Ini menyebabkan kurang pengikhtirafan penghormatan kepada 
sistem Cabang, Negeri dan Pusat mereka.

Ketiga, UMNO bukan parti bermusim. Jentera UMNO sentiasa berada dalam
 kaedah "berjaga-jaga" sepanjang tahun. Selain daripada mesyuarat dan aktiviti,
 jentera UMNO didedahkan kepada latihan strategi dan perancangan sepanjang 
masa. Tambahan pula pilihanraya kecil yang sering berlaku juga menjadi tempat 
latihan terbaik untuk jentera UMNO. Dengan aktiviti sepanjang tahun sebegini,
 UMNO sebagai sebuah jentera politik sentiasa di dalam keadaan terbaik sepanjang 
tahun dan boleh diaktifkan bila-bila masa. Sudah tentu, bila ada wakil rakyat atau 
Ketua Bahagian UMNO meninggalkan parti, jentera UMNO masih kukuh dan efektif.

Itu beza UMNO dari yang lain.

Nota: Saya akan memberi komen kepada isu-isu dasar yang dibawa oleh Lajim dan 
Bumburing dalam posting yang akan datang.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan