PANAS BERAPI 14 SEBAB WAJIB JAUHI PAS YANG SESAT LAGI MENYESATKAN!
- Ustaz Haji Mohd Yasin Mohamad, guru agama di Kelantan.
2) Kalimah hina Tuhan tu haram, kita nak kata tak boleh. Ulama yang bercakap lagu tu kena jauhi. Tuhan jangan disekutukan dengan satu apa pun tak boleh. Kita nak kata Allah Taala serupa tu(samseng) tak boleh.
- Tok Guru Haji Razak dari Pendang, Kedah.
3) Semua kita tahu belaka kata hukum menyamai sifat Allah dengan makhluk ini tak boleh. Menyamai zat Allah dengan zat makhluk tak boleh, menyamakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk tidak boleh. Itu jelas tentang apa yang dilarang dalam Islam dan sampai keluarnya agama.
- Syeikh Ismail Lotfi Al-Fatani, Rektor Kolej Islam Yala, Thailand.
4) Yang sebenarnya Nik Aziz ni dari segi pengajian dia hanya faham Quran dan Hadith. Itu sahaja. Dia pula belajar di India, dia bukan alim di Mekah. Dia alim di India. Dari segi Usuluddin dia tidak mendalami. Dia mendalami dalam Quran dan Hadith sahaja.
- Ustaz Haji Abdul Aziz Abdullah, bekas imam di Pangkal Kalong, Kota Bharu.
5) Benda-benda yang bersangkutan dengan Allat Taala kita kena teliti dan kita kena tengok. dan bila kita terjemah itu biarlah tidak mengelirukan dan orang boleh faham positifnya Allah Taala itu, sempurnnya Allah Taala itu. Manusia dimana-mana pun tak boleh sempurna, ada kesilapan. Tak kiralah dia tu orang awam ke, ulama dan sebagainya. Maknanya dia tak boleh cakap 100 peratus betul.
- Prof Madya Syed Omar Al-Saggaf, Rektor Institut Pengajian Islam Perlis.
6) Kalau orang sanggup kata Tuhan ni samseng ertinya dia terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah..
- Ustaz Haji Zainal Abdul Rahman, Kelantan.
7) Apa nama pun yang sebenarnya dia kena tafsirkan sesuai dengan keagungan Allah. Itu yang perlu. Bila samseng ni it sounds very bad sebut samseng ni. Kalau kita sandarkan kepada Allah sifat macam tu, ini satu benda yang tidak patut berlaku.
- Dr. Fakaruddin Abdul Mukti, Pensyarah Jabatan Akidah di sebuah universiti tempatan.
8) Sifat-sifat Al-Mutakkabir, Al-Jabbar, Al-Qahar itu hanya layak untuk Allah SWT. Manakala manusia ni (Nik Aziz) nak pertikaikan pulak, tak kesampaianlah sebabnya kita sendiri pun manusia dijadikan Allah SWT.
-Datuk Hassan Mat Jaya, Mufti Negeri Perlis.
9) Kalau ikut ilmu Tauhid, kalau perkara itu terbit daripada orang-orang alim ataupun wali-wali Allah sekalipun kena takwil juga dan haram. Kalaupun orang yang berkata itu dia kata ada maksudnya yang tersendiri, itupun haram juga itu kerana orang awam mendengarnya lebih-lebih lagilah akan jadi menyesatkan pula. Haram bercakap macam tu. Kalaupun nak diberi orang faham, kena cakap dalam majlis-majlis yang tertentu sahaja.
- Tok Guru Haji Hashim Daud, guru agama di Padang Sera Kedah.
10) Perkataan samseng ialah sifat mazmumah, sifat yang dicela oleh syarak. Jadi sebenarnya hujah Nik Aziz yang mengatakan kita orang Pas samseng maka Allah lebih samseng maka itu sudah menentang dengan akidah Islam.
- Ustaz Wan Ismail Wan Abdul Rashid, bekas Imam dari Kota Bharu, Kelantan.
11) Setiap nas Qati'e yang ada dalam Quran, misalnya Yaadon, nak terjemahkan dengan makna tangan tak boleh. Wajnun nak terjemah dengan makna muka tak boleh. Wajhun dengan makna Zat, supaya tadak kesamaran kepada umat Islam seluruhnya. Dengan demikian saya rasalah orang-orang yang mengatakan sifat Tuhan itu samseng perlulah bertaubat. Sebab imi adalah satu dosa besar.
- Haji Abdullah Ahmad, Pegawai dakwah negeri Kelantan.
12) Apabila seseorang manganggap dirinya lebih alim,lebih warak dan lebih besar semutal daripada orang lain, maka begitulah jadinya. Bercakap merapu dan meracau seperti orang kurang siuman. Jadi tidak hairanlah kalau di Kelantan ketika ini lebih ramai mempunyai manusia kurang siuman, sebab Tok Guru mereka yang kurang waras dan bersifat riak.
- Mat Daus Yunus, 72 tahun, Kampung Tok Lebir, pasir Mas, Kelantan.
13) Saya bimbang apabila anak-anak muda dan orang tua mendengar Tok Guru mereka kata Allah sanseng, nanti mereka akan mengiyakan dan tidak lagi menyembah Allah. jadi memang patut dia bertaubat.
- Mohamad Ishak, 65 tahun, guru Quran, Kg.Ana, Tumpat Kelantan.
14) Seumur hidup saya inilah kali pertama saya mendengar ada manusia mengatakan Allah samseng, Selama ini saya tidak pernah diberitahu oleh Tok Guru di kampung bahawa Allah itu samseng.Apa yang Tok Guru saya ajar ialah tuhan itu maha kaya, maha penyayang, maha pengasih, dan maha pengampun.
- Haji Wan Ismail Yaakob, 70 tahun Guru Al-Quran, Ketereh Kelantan
GELOMBANG KICK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan