SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 30 Julai 2012


FILEM TANDA PUTERA: FAKTA YANG 

MERAGUKAN ATAU DAP YANG 

SEBENARNYA KETAKUTAN KERANA 

TEMBERANG LAMA TERDEDAH?


Filem TANDA PUTERA yang masih belum ditayangkan telah menerima tentangan yang luar biasa daripada penyokong DAP sehinggakan dua orang pelakon berbangsa Cina yang turut berlakon dalam filem tersebut menerima kecaman yang hebat daripada orang sebangsanya. (BACA DI SINI)

Apa sebabnya?

Filem itu juga menimbulkan kontroversi baru apabila dilaporkan pihak berkuasa ke atas penayangan filem-filem di Malaysia memilih untuk menunda-nunda dan cuba menghalang filem berkenaan daripada ditayangkan kepada umum.

Apa sebabnya?

Apakah impak sebenar filem berkenaan kepada rakyat dan penduduk Malaysia sehingga ianya amat ditakuti oleh banyak pihak?

Belum pun apa-apa, Lim Kit Siang telah pun cuva untuk memberikan gambaran yang filem berkenaan adalah berkisar tentang penipuan 13 Mei. Belum pun apa-apa, Lim Kit Siang telah memberitahu yang dia tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969. Dan belum pun filem berkenaan ditayangkan, DAP telah memberi gamvaran bahawa filem berkenaan akan merosakkan perpaduan di negara ini.

Mengapa?

Banyak sejarah 13 Mei yang sehingga ke hari ini menjadi rahsia besar dan sukar untuk diungkapkan. Apa yang terdapat dalam laporan MAGERAN tentang peristiwa berdarah tersebut, masih belum diketahui sehingga ke hari ini. Kebanyakan penggiat seni juga seboleh mungkin cuba untuk mengelakkan daripada memperkatakan tentang 13 Mei 1969. DAP terutamanya seboleh-boleh mungkin cuba untuk menggelapkan sejarah berkenaan dengan pelbagai dakwaan dan pelbagai ancaman.

Mengapa itu berlaku?

Terlalu banyak sebenarnya yang terus menjadi MISTERI sehingga ke hari ini. Rakyat Malaysia terutamanya golongan muda tidak pernah diungkapkan kisah Mak Minah Potpet yang pernah berlakon bersama-sama P.Ramlee dalam beberapa buah filem Hulu Kelang yang mati terbunuh pada hari tragedi berdarah itu. Kita juga bagaikan dilarang daripada mengetahui kisah Encik Kassim, seorang pekerja UMNO yang dibunuh di tepi jalan di Pulau Pinang dan mayatnya disimbah dengan cat merah. Kita tidak pernah diberitahu bagaimana ada Cina yang dikenal pasti sebagai kepala komunis yang menjadi perancang perarakan melibatkan anggota-anggota DAP sebagaimana yang berlaku kemudiannya dalam BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 terutama selepas Akta ISA ditarik balik.

Dan yang menariknya kita seringkali diberitahu bahawa peristiwa itu adalah sejarah silam dan tidak perlu dikenang atau diperkatakan kembali sedangkan perjalanan beberapa peristiwa masa kini, terlalu condong dan sangat mirip dengan modus operandi pihak yang diperkatakan dalam filem berkenaan.

Apakah kesemua rahsia dan perkara yang cuba diselindungkan daripada pengetahuan rakyat Malaysia itu yang diungkapkan oleh TANDA PUTERA sehinggakan DAP begitu meloncat dan Lim Kit Siang secara peribadi enggan mengakui yang dia pernah mengencingkan bendera Malaysia dan Selangor?

Siapa sebenarnya yang rasis kerana berdasarkan kepada komen-komen yang tersiar menunjukkan ada satu bangsa yang tidak mahu kisah berkenaan dikisahkan. Mereka lebih senang melihat tragedi tersebut disenyapkan. Setiap peristiea yang berkaitan dengan tragedi berkenaan akan dikatakan sebagai putar belit sejarah sekalipun mereka tidak pernah menafikan bahawa punca sebenar tragedi tersebut adalah kempen pilihanraya 1969 yang penuh dengan kebencian kaum termasuklah pertikaian tentang hak istimewa orang Melayu-Bumiputera, Islam dan perkara-perkara melibatkan perlembagaan. Mereka cepat-cepat mengalihkan isu apabila dibuktikan bahawa kempen berdarah itu sebenarnya didalangi oleh komunis yang berada di dalam DAP sehinggakan dua orang pegawai polis dibunuh dengan salah seorangnya berbangsa India dan ditembak sebanyak 18 das.

Bahkan mereka sama sekali tidak pernah bercerita bagaimana DAP hampir diharamkan oleh kerajaan Malaysia kalau bukan kerana desakan antarabangsa terutama sekali dari blok sosialis dan Malaysia yang masih muda pada waktu itu, selain banyak bergantung kepada negara luar termasuklah makanan, terpaksa akur dan membenarkan DAP wujud. Para pemimpin DAP 1969 seperti Lim Kit Siang dan Chen Man Hin, juga tidak pernah bercerita tentang akujanji mereka kepada kerajaan Malaysia bagi mengelakkan DAP diharamkan ekoran tragedi berdarah itu.

Apakah kerana faktor-faktor itulah yang membuatkan DAP segera menggunakan isu perkauman sedangkan pada 1969, lebih ramai orang Cina yang tidak berpihak kepada DAP? Dan keadaan ini kembali berulang sekarang dengan DAP menggantikan Cina dengan istilah RAKYAT walaupun sebenarnya DAP tidak mewakili keseluruhan rakyat?

Kalau benar filem berkenaan tidak mengisahkan perkara sebenar terutama sekali membabitkan pimpinan tertinggi negara pada waktu itu yang mengenepikan tindakan populis bagi memastikan negara dan rakyat negara ini kacau bilau dan saling berbunuhan sehingga sekarang, mengapa DAP dan konco-konco mereka terlalu takut?

Setiap negara ada sejarah hitamnya... Amerika Syarikat yang sangat gah dengan demokrasi dan cuba menonjolkan diri dengan hak asasi manusia, tidak pernah menghalang bagaimana sejarah negara tersebut mencatatkan bahawa bangsa kulit hitam di negara itu asalnya adalah hamba abdi yang boleh dijual beli dan dipaksa untuk bekerja di ladang-ladang kapas, sekaligus menjadi asas kepada ekonomi negara berkenaan. Begitu juga pembunuhan kaum wanita dan kanak-kanak hanya kerana mereka disyaki sebagai ahli sihir pada1692 yang berakhir di Salem, Massachussets.

Dan kesemua itu digambarkan dan diterangkan menerusi filem.

Anehnya di Malaysia, pihak berkuasa memilih untuk menutup dan meminda sejarah sebenar dengan bantuan golongan yang memang terlibat dengan tragedi berkenaan, sepertimana pembunuhan anggota-anggota komunis oleh pejuang-pejuang Melayu berparang panjang dengan label, Melayu-Melayu berkenaan adalah rasis.

Kita tidak ada sebuah filem pun yang berani memperkatakan perkara sebenar di Malaysia. Kalau adapun hanyalah 'Bukit Kepong' tetapi pindaan juga telah dibuat untuk mengelakkan apa yang dikatakan sebagai PERKAUMAN.

Justeru, melihat kepada terlompat-lompatnya DAP dan cybertrooper yang bukan main hebat lagi mengecam sejarah yang cuba mereka gelapkan ekoran pembabitan DAP dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969, seharusnya TANDA PUTERA perlu disegera tayangannya.

Apa lagi yang hendak dinafikan... sememangnya DAP dan GERAKAN pada waktu itu yang berarak dan memulakan kekecohan dan seterusnya rusuhan. Dah memang fakta, Melayu dipanggil CIBAI, BALIK KAMPUNG, KUALA LUMPUR CINA PUNYA, SAPU MELAYU dan sebagainya. Dah memang fakta, anggota polis Melayu diterajang, ditumbuk dan ditempeleng oleh para pengikut DAP ekoran cubaan penguatkuasaan agar gambar seorang lelaki Cina yang meninggal dunia ditanggalkan daripada dipelekat ke dinding-dinding di Kepong.

Dan sememangnya fakta yang paling besar ialah, wujudnya campurtangan Parti Buruh yang diserapi Parti Sosialis dan Parti Komunis Malaya sehingga kemuidannya mendorong kepada pembunuhan Ketua Polis Negara dan seorang Ketua Polis Daerah.

Begitu juga kematian Encik Kassim di Pulau Pinang yang dibunuh oleh pengikut DAP dan mayatnya kemudian disimbah cat merah!

Justeru, apa yang ditakutkan? Fakta-fakta pada tahun 1969 itu sudah pun berulang kembali pada tahun 2008-2012. Nak sembunyikan apa lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan