HOT : WAN AZIZAH HANTAR SPY UNTUK PERHATIKAN ANWAR??
Rencana
mengenai Anwar Ibrahim ingin mengundur diri daripada politik menarik
untuk direnung. Kenyataan Ezam Mohd. Nor dalam AIDC News (5.7.12);
“Bukan mudah untuk saya tinggalkan Anwar. Saya lakukan hampir
segala-galanya,” menarik untuk diberi perhatian.
Berhelahnya
kenyataan Anwar sekian lama mengamalkan sindrom penafian dan cuba
menampilkan dirinya sebagai seorang yang berintegriti tinggi tanpa
memberi penjelasan rasional terhadap apa yang berlaku.
Jalan
mudah bagi Anwar ialah menuduh orang lain melakukan konspirasi dan
dibeli oleh UMNO. Sedangkan sehingga kini pun tiada bukti diberikan dan
konspirasi hanya kenyataan berhelah. Keputusan kes liwatnya dengan
Saiful adalah bukti yang nyata mengenai keadilan mahkamah yang
dikatakannya zalim.
Kisah
menawan Putrajaya 16 September 2008 menjadi saksi dan kenyataannya
mengenai beberapa pimpinan UMNO Sabah berpaling tadah menjadi bukti yang
lain pula.
Kenyataan
berhelah Anwar untuk berundur adalah bermaksud untuk memancing
perhatian bahawa dia sedang bersungguh-sungguh untuk ke Putrajaya.
Mesejnya yang tersirat supaya pendukungnya bekerja bersungguh-sungguh
supaya impiannya ke Putrajaya menjadi. Kalau tidak ia bakal kembali
mengajar.
Mengajar
di sini ada tiga tafsiran. Satu hidupkan kembali Yayasan Anda yang
telah sekian lama terkubur. Atau kembali ke Washington untuk mengajar
semula atau bersama dengan teman-teman rapatnya di Kolej Darul Hikmah,
Kajang, Selangor yang sikap partisan mereka banyak melakukan penggilapan
Anwar sebagai manusia yang membawa pencerahan dan manusia “Anugerah
dari Tuhan”.
Isu
integriti yang harus direnung oleh Anwar dan kawan-kawan partisannya
apabila kenyataan berhemah Ezam berkata “Satu peristiwa yang berlaku
pada tahun 2005, di mana Wan Azizah menyuruh beliau melihat dan
memastikan tiada mana-mana lelaki bermalam bersama Anwar menyebabkan
beliau mula berfikir semula”.
Suruhan
Wan Azizah dari Washington itu adalah kenyataan yang serius tentang
integriti Anwar. Sehingga kini Wan Azizah tidak menafikan kenyataan Ezam
itu. Dan sikap yang diambil oleh seorang insan seperti Ezam adalah
wajar baik dilihat dari segi moral mahupun syarak.
Menuduh
Ezam melakukan konspirasi terhadap Anwar atau dibeli oleh UMNO adalah
madah berhelah Anwar yang sehingga kini tanpa bukti. Tetapi kalau Anwar
dituduh dengan bukti, sindrom kebisuan pula timbul.
Mana
mungkin terlalu banyak isu integriti yang berbangkit baik daripada
Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk K.S. Nallakaruppan, Ummi Hafilda,
kenyataan Wikileak Lee Kuan Yew mengenai Anwar, dua bab tulisan Tun Dr.
Mahathir Mohamad dalam buku biografinya Doktor Umum, kenyataan bersumpah
Datuk Abdul Murad Khalid dan Ab. Razak Idris mengenai akaun RM3 bilion
dipandang terlalu remeh.
Atas
nama integriti Anwar kena beri respon dan bertindak sesuatu supaya
integriti dirinya terpelihara dan keyakinan pengikut terhadap dirinya
terjaga. Tentu ada sesuatu yang tidak kena apabila 28 orang pengikut
tegarnya suatu ketika dulu meninggalkannya dan kini bergabung dalam
TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) untuk melondehkan
integritinya.
Hairannya
orang kenal Anwar hanya pada ucapan berhelahnya tidak pernah terdetik
dalam hati untuk mengkaji dan meneliti siapa sebenarnya Anwar dalam
kaitannya dengan isu-isu yang berbangkit, pendirian pluralisme yang
diambil lebih-lebih lagi hubungan Anwar dengan kelompok eksklusif di
Amerika Syarikat.
Apakah
kerana taksub yang tinggi dan fanatik yang melulu menyebabkan
sebahagian orang ilmuwan dan pengkaji yang mempunyai disiplin akademik
pun tidak berganjak daripada pendirian bahawa Anwar teraniaya dan
terjebak dengan konspirasi walaupun tanpa alasan atau bukti.
Bagi
Ezam yang pernah keluar masuk penjara kerana memperjuangkan Anwar,
dilihat sebagai klon Anwar ketika bercakap tentu ada sebab besar mengapa
ia menarik diri daripada Anwar.
Kenyataan
berhemah Ezam, “Dan memang cukup besar yang menyebabkan bukan persoalan
politik lagi, menyabitkan persoalan akidah saya kepada Allah
Subhanahuwataala. Sebab itu saya membuat keputusan untuk
meninggalkannya”.
Kenyataan
Ezam ini sangat jelas. Sepatutnya Ezam didekati ditanya secara
terperinci apa maksud kenyataan berhemahnya itu terutama di kalangan
pengagum Anwar dan orang yang mengalami penyakit ‘mati rasa’.
Yang
paling penting atas nama integriti, Wan Azizah perlu respon kenyataan
Ezam itu dan tidak mengambil sikap membisu kerana Allah Maha Mengetahui
apa yang berlaku. Orang yang beriman akan berdiri teguh dengan kebenaran
kerana kebenaran lambat-laun akan tegak menampakkan wajahnya. Itu
firman Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan