SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 4 Mac 2013

WAJIB BACA!! TEMBELANG ANWAR DAH PECAH, PECACAI PAKATAN SPINNING SEHABIS BAIK!!!

WAJIB BACA!! TEMBELANG ANWAR DAH PECAH, 

PECACAI PAKATAN SPINNING SEHABIS BAIK!!!




Sebaik-baik sahaja berita tentang Anwar Ibrahim yang menjadi dalang kepada serangan lanun Sulu ke atas Sabah, para pecacai Pakatan, mulai memenuhi ruang siber untuk memasyhurkan teori mereka tentang kebaikan Anwar Ibrahim dan kejahatan UMNO-BN. Mereka cuba mengalihkan kesalahan Anwar Ibrahim yang boleh menyebabkan dia dihukum gantung sampai mati kerana kesalahan memerangi DYMM Yang Di-Pertuan Agong atau menderhaka kepada negara, dengan membuat pelbagai andaian dan teori.

Antara teori yang paling dipopularkan sekarang ialah UMNO-BN sedang terdesak dan cuba mewujudkan darurat menerusi sandiwara pertumpahan darah di Sabah. Kononnya, dengan Sabah memulakan darurat, kemudian beralih pula ke Semenanjung, maka proses pilihanraya yang sepatutnya berlangsung dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi, akan dihentikan.

Pentadbiran dan pengurusan negara akan diambilalih oleh MAGERAN dengan Najib Abdul Razak menjadi ketuanya. UMNO-BN akan menjadi wira penyelamat Malaysia seperti pada tahun 1969.

Satu lagi teori ialah kononnya UMNO-BN sedang sangat terdesak dan mencari salah Anwar Ibrahim serta para pemimpin pembangkang. Mereka mempertikaikan tentang prosedur yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap lanun-lanun Sulu itu dan mewujudkan persepsi negatif, kononnya kerajaan Malaysia (baca: UMNO-BN) telah berpakat dengan lanun-lanun Sulu itu dan kemudian mengorbankan nyawa anggota pasukan keselamatan demi mendapatkan sokongan.

Untuk itu, mereka mewajarkan tuduhan mereka selama ini yang berkaitan dengan pemberian kad pengenalan biru kepada warga Filipina di Sabah. Konon-kononnya lanun-lanun berkenaan telah diberikan kad pengenalan biru dan tertakluk kepada arahan daripada UMNO-BN untuk mewujudkan kekacauan di Sabah, khususnya.

Penghinaan yang dibuat oleh Tian Chua terhadap anggota-anggota keselamatan dan menyifatkan mereka sebagai KOMANDO MALAYSIA MATI KATAK dalam ceramah terbarunya, serta SANDIWARA UMNO-BN, telah diputarbelit. Kononnya Tian Chua tidak berkata seperti itu, bahkan yang berkata adalah orang UMNO dan Barisan Nasional. Laporan yang dibuat oleh suara rasmi PKR iaitu KEADILAN DAILY pula disifatkan sebagai 'salah lapor' oleh Tian Chua dan para pecacai Pakatan.

Nampaknya, para pecacai Pakatan sudah sangat terdesak untuk membela ketua mereka. Pelbagai putar belit mereka terpaksa dilakukan semata-mata kerana takut Anwar Ibrahim ditangkap, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana telah menjemput lanun-lanun Sulu sebagaimana yang dilaporkan oleh REUTERS, MANILA POST, ABN, INQUIRER NEWS dan Perisikan Filipina.

Dengan pendedahan terbaru niat ketua lanun Sulu untuk memanggil atau meminta bantuan daripada tentera Amerika Syarikat agar campurtangan, semakin mengesahkan dakwaan selama ini bahawa Anwar Ibrahim mendalangi usaha agar pentadbiran negara ini menerusi kerajaan yang sah digulingkan, semakin menjadi kenyataan.

Anwar Ibrahim tidak memerlukan pilihanraya, sebaliknya dia telah mengusahakan pelbagai cara untuk mewujudkan kekacauan termasuklah demonstrasi dan perarakan besar-besaran seperti BERSIH dan HKR bagi mewujudkan gelombang Arab Spring di Malaysia yang kemudian membawa masuk tentera Amerika Syarikat kalau tidak pun, penyaluran senjata-senjata seperti yang berlaku di Syria, Iraq, Afghanistan, Pakistan dan Sudan.

Apa lagi yang pecacai Pakatan Rakyat nak dalihkan untuk membela KEJAHANAMAN yang dilakukan oleh KETUA UMUM mereka?

Psssstttt.. AKJr : Dah nama pun Pencacai kpd Sinuor ALJUBORI!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan