SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 26 Mac 2013

PANAS TERIK!! RANCANGAN BUNUH TUN M GAGAL!!!

PANAS TERIK!! RANCANGAN BUNUH TUN M GAGAL!!!





Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1988.

Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu.

Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

"Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap, rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.

"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk dibunuh... dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.

"Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma sedang menunggu masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.

Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).--Utusan

2 ulasan:

  1. PENDIRIAN PAS TETAP BERPEGANG PD ISLAM. ISLAM HANYA MEMERANGI BILA DIPERANGI. INI JELAS.
    TUN TIDAK LAGI DIANGGAP HERO OLEH KEBANYAKAN RAKYAT KERANA PROJEK IC BELIAU YG JADI PUNCA HURU HARA DI SABAH. TUN ROSAKKAN MALAYSIA DGN MENGGUNAKAN ISA, POLIS, SPRM, SPR, BADAN KEHAKIMAN SEMASA MEMEGANG KUASA. HANYA AHLI2 UMNO YG DAH KENYANG DGN HASIL ROMPAKAN DANA RAKYAT YG MENYOKONG TUN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Islam mende?
      Kalimah Allah pon xleh nk pertahan.nk cte islam?
      Pigi da...esok dlm kubur ko jwb tau ko sokong kristian guna nama Allah.
      Lg 1. Ko ade buktike nk ckp Tun mcm 2?
      Ko tau x da berapa banyak pembangunan die buat?
      Ko ade ikut x ape sejarah dan pembaharuan yg die da buat?
      Ape sumbangan ko kepada negara?
      Last soalan aku...

      Padam