SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 15 Mac 2013

TERBAEK!! Azhar Sulaiman Sertai UMNO..

TERBAEK!! Azhar Sulaiman Sertai UMNO..



Cerita barisan artis tanah air yang menyertai dunia politik di Malaysia sudah tidak asing lagi.

Nama-nama artis seperti Abby Abadi, Zed Zaidi, Amy Search, Aisyah dan ramai lagi sememangnya sering kali dikaitkan dengan politik semasa ketika ini.

Sebelum ini, pelakon dan ahli perniagaan, Azhar Sulaiman pernah menggemparkan negara apabila lantang bersuara dalam laman sosial Facebooknya yang meminta pendapat dari Tok Guru, Nik Aziz mengenai isu murtad sekiranya menyertai parti UMNO.

Ramai yang berang dengan tindakan Azhar itu dan melabelkan aktor tersebut sebagai jahil dan cetek akal.

Hakikatnya, Azhar mengulas isu tersebut yang sebenarnya dirinya hanya menyindir Nik Aziz apabila mudah untuk menjatuhkan hukum murtad kepada sesiapa sahaja yang bergiat aktif dalam UMNO.

Baru-baru ini, Azhar Sulaiman memberitahu dia telah menjadi ahli UMNO cawangan Bentong, Pahang sejak beberapa bulan lalu.

Kata Azhar, dia selama ini sememangnya menyokong perjuangan barisan UMNO dan Barisan Nasional sementalah keluarganya turut menyokong aliran yang sama.

Malah, Azhar menyertai UMNO kerana ingin memaklumkan kepada umum mengenai prinsip hidup sebenar dia mengenai dunia politik.

“Baru-baru ini, saya baru sahaja menjadi ahli UMNO Bentong, sebab saya pun berasal daripada Bentong. Saya selama ini memang menyokong Barisan Nasional dan berasal dari keluarga UMNO tetapi tidak pernah menjadi ahli.

“Sebenarnya saya mahu mengwar-warkan prinsip hidup sebenar saya,” kata Azhar.

Azhar juga memberitahu, pembabitan dalam dunia politik lebih kepada ingin mendapatkan pengalaman selain bertukar fikiran dengan ahli-ahli politik lain.

Pun begitu, dia sedar ramai pihak yang mungkin tidak senang dengan pendedahan yang dirinya lakukan.

Namun, Azhar tidak kisah asalkan perkara yang dia lakukan adalah benar dan tidak menyalahi mana-mana peraturan.

“Saya tahu tindakan saya ini mesti akan mewujudkan kesan dan akibatnya kerana ada yang suka dan ada juga tidak. Saya hanya mengambil risiko terhadap pandangan orang,” katanya.

Azhar juga menganggap penyertaan ke dalam dunia politik adalah tindakan yang paling matang yang dirinya telah lakukan.

1 ulasan:

  1. masuk le sapa pun tak heran.....

    BalasPadam