SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 26 Mac 2013

TERKINI #LAHADDATU : HAMPIR 15 HARI TIDAK MAKAN, AKHIRNYA PENGGANAS MENYERAH DIRI!!!

TERKINI #LAHADDATU : HAMPIR 15 HARI TIDAK MAKAN, AKHIRNYA PENGGANAS MENYERAH DIRI!!!




Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan.

Beliau berkata 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.

Dalam pada itu, Khalid berkata 20 ketua keluarga dari Kampung Tanduo telah dibawa masuk ke perkampungan terbabit pagi ini bersama pegawai dari Pejabat Daerah Lahad Datu bagi membolehkan mereka melawat rumah dan harta benda masing-masing.

Ini adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Daerah Lahad Datu, dan dibantu Majlis Keselamatan Negeri bagi menilai kerosakan dan jumlah ganti rugi yang perlu diberikan.

Berhubung seorang pengganas Sulu yang menyerah diri di kawasan Kampung Tanjung Batu petang semalam, Khalid berkata keadaan fizikal militan itu yang lesu setelah 15 hari tidak menjamah makanan adalah gambaran kepada keadaan yang dialami saki-baki pengganas yang bersembunyi di kampung terbabit.

"Jadi kita harap pengganas lain yang berada di dalam semak dan paya berhampiran supaya turut berbuat demikian kerana sudah ketiadaan bekalan makanan selain kehilangan arah berikutan pemerintah tentera mereka telah ditangkap," katanya.

BERNAMA

2 ulasan:

  1. sesuai sangat dengan diorg.ceroboh dan membunuh,memang patut rasa seksa tak makan 15 hari

    BalasPadam
  2. aku pun tak faham la diorang ni, umur dah lanjut lagi nak tuntut benda pelik pelik..

    BalasPadam