SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 22 Mac 2013

PANAS TERIK!! Benarkah Nik Aziz sakit Dalam Perut?

PANAS TERIK!! Benarkah Nik Aziz sakit Dalam Perut?





Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke hospital malam tadi selepas mengadu 'sakit perut'.

Malah, beliau yang dijadual mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini gagal berbuat demikian berikutan keadaan kesihatannya itu.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini hari ini enggan menjelaskan di mana Nik Abdul Aziz dirawat dengan alasan tidak mahu beliau diganggu.

"Semalam beliau masuk hospital, ada sakit perut sikit, saya tidak pasti (jika Nik Abdul Aziz sudah keluar hospital), semalam itu ya, saya tidak pastilah sekarang," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob.

Nik Aziz sebelum ini dilaporkan sering mengalami masalah kesihatan berikutan umurnya yang sudah mencecah 82 tahun.

Psssttt... AKjr: Teringat doa 'pecah perut' oleh beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan