SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 12 Mac 2013

DS Rosmah Mengalir air mata ketika bertahlil dan bacaan Yassin Untuk Perwira Negara #LahadDatu


DS Rosmah Mengalir air mata ketika bertahlil dan bacaan Yassin Untuk Perwira Negara #LahadDatu

Perasaan hiba, sebak dan sayu menyelubungi ahli-ahli Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri (BAKTI) dapat dilihat ketika pertubuhan itu menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil bagi perwira-perwira negara yang gugur dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Yang Di Pertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor, yang sememangnya dari awal insiden ini berlaku begitu prihatin dan mendalami perasaan ahli keluarga mangsa.
Sebelum ini, setiap kali memperkatakan tentang perjuangan anggota keselamatan sama ada PDRM ataupun ATM yang menjadi mangsa kekejaman tentera Sulu, sudah beberapa kali Rosmah mengalirkan air matanya.

Apatah lagi, apabila Isteri Perdana Menteri itu bersua muka dengan ibu, bapa, balu mahupun anak-anak pejuang negara berkenaan sudah pasti perasaan hiba itu tidak dapat dibendung lagi.
Bagi menghargai serta meringankan bebanan ahli keluarga 8 perwira negara yang gugur ketika menentang pengganas Tentera Sulu di Lahad Datu, BAKTI sekali lagi melaksanakan Majlis Bacaan Yaasin dah Tahlil.
Majlis yang bermula di Kompleks Seri Perdana itu turut disertai oleh ahli-ahli keluarga kelapan-lapan pejuang negara.
Dalam majlis yang sama, BAKTI turut menyumbangkan dana bantuan sebanyak RM20,000 kepada setiap ahli keluarga anggota keselamatan yang gugur itu.
Kelihatan, setiap ahli keluarga yang menerima bantuan terbabit begitu terharu dan sebak dengan sumbangan yang BAKTI berikan lantas ada di antara mereka yang menangis di bahu Rosmah.
Rosmah yang sememangnya seorang wanita yang berhati lembut, tidak dapat menahan perasaan sebak apabila melihat ahli keluarga perwira yang menangis.
Antara ahli keluarga mangsa yang hadir, abang kepada Arwah Koperal Mohd Azrul Tukira iaitu Mohd Azizi Tukiran serta ibunya, Sa’Adiah Md Amin.
Ketika ditanya oleh pemberita perihal bantuan yang disalurkan oleh BAKTI, kelihatan ibu mangsa tidak meluahkan kata-kata dan hanya mampu menangis.
Lantas, Mohd Azizi menjawab bahawa pihak keluarga masih belum membincangkan bagaimana untuk menggunakan wang sumbangan berkenaan.
“Kita masih bersedih lagi dengan kematian arwah jadi soal untuk bagaimana kita nak gunakan dana itu belum ditentukan lagi.
“Di peringkat awal ini mungkin kita akan bersedekah kepada fakir miskin serta masjid namun ia keputusan akan ditentukan oleh ibu dan bapa saya.
“Di kesempatan ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana mendoakan ketenangan roh adik saya selain memberi sokongan dalam pelbagai bentuk kepada keluarga kami.
“Selain itu, kami juga terharu dengan majlis tahlil serta bacaan Yaasin yang dianjurkan oleh pihak BAKTI,” katanya selepas menerima sumbangan bantuan daripada BAKTI pagi tadi.
Dalam pada itu, bagi anak kepada arwah SM Baharin Hamit, iaitu Muhammad Izzat Syafiq, 16 tahun, memberitahu beliau redha dengan pemergian ayahnya dan berharap rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kesejahteraan perwira itu.
“Terima kasih kepada BAKTI kerana memberi sumbangan kepada keluarga kami, nescaya ia sedikit sebanyak mengurangkan bebanan ibu saya untuk menanggung keluarga.
“Saya redha dan pemergian ayah dan saya harap semua orang boleh mendoakan rohnya,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan