SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 14 Mac 2013

BIADAP!! Portal Pakatan Rakyat Buat Tuduhan Melampau Terhadap Datin Rosmah. #OpsDaulat.

BIADAP!! Portal Pakatan Rakyat Buat Tuduhan Melampau Terhadap Datin Rosmah. #OpsDaulat.


Artikel terkini dalam portal yang dipercayai milik pembangkang membuat satu tuduhan yang sangat melampau aku kira. Penulis portal yang menggunakan nama Suara Pakatan Rakyat telah membuat artikel yang bertajuk "Solat Hajat Rosmah Untuk Perwira Hanya Pura-Pura".

Pertama, aku nak juga tahu.. apakah penulis ini manusia ataupun malaikat? Kenapa aku tanya soalan itu? Sebab kalau manusia, mana mungkin kita dapat tahu samada manusia ini berpura-pura ataupun tidak dalam beribadat.

Tapi kalau penulis ini malaikat, apakah ada atas muka bumi ini malaikat ditugaskan untuk menulis portal? Tajuk penulisan portal itu seolah-olah beliau adalah malaikat.




Di dalam artikel tersebut, pemilik portal itu telah menulis bahawa solat hajat yang Datin Rosmah lakukan adalah gagal. Kematian 2 orang lagi wira kita pada hari ini kata pemilik portal tersebut disebabkan kegagalan solat hajat Datin Rosmah.

Aku nak tanya pemilik portal tersebut. Apakah beliau Allah? Soal ibadat, bukankah Allah yang satu sebagai penilainya? Tetapi gaya penulisan portal tersebut seolah-olah dia lah Allah di muka bumi ini.

Tapi untuk pengetahun pemilik portal tersebut, sesekali boleh lah anda bertanya pada Anwar Ibrahim... Betul ker Abang Non pernah solat Zohor di Perak tanpa mengambil wudhu'?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan