SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Ahad, 24 Mac 2013

WAJIB BACA!! Media Pembangkang Terang- terang Kaki Fitnah...

WAJIB BACA!! Media Pembangkang Terang- terang Kaki Fitnah...



Isu cincin yang bernilai jutaan ringgit kononya dibeli oleh Rosmah Mansor menjadi bahan kempen yang cukup hebat di pentas ceramah pembangkang. Isu ini kuat dimainkan oleh cikgu yang bangang iaitu cikgu Bad.

Aku tidak berani nak kata samada cincin itu benar-benar Rosmah dimiliki ataupun tidak kerana aku belum pernah bertanyakan sendiri kepada Rosmah Mansor. Aku juga yakin yang Cikgu Bad juga tidak pernah tanya sendiri Rosmah tentang cincin tersebut.

Tetapi apa asas yang menjadikan Cikgu Bad menjaja atas pentas ceramah kononya Rosmah memilik cincin tersebut? Hanya berbekalkan dokumen kemasukan cincin tersebut daripada Kastam, Bad secara melulu terus serang Rosmah.

Kenapa Bad tidak tunjuk pada rakyat dokumen yang ada pada kastam bahawa cincin tersebut keluar daripada Malaysia selepas beberapa hari berada di Malaysia? Hehehe.. Jawapan dia senang, sebab memang Bad nak burukkan Rosmah Mansor.

Dokumen pengeluaran cincin tersebut ke Singapore sudah ada pada tangan kami. Sampai masa kita akan dedahkan mainan jahat dan rekayasa Cikgu Bad yang bahlol ini.

Keratan akhbar yang aku tampal di atas menjadi bukti awal betapa terdesak media pembangkang cuba burukkan Rosmah Mansor. Edisi asal akhbar adalah pada tahun 2008 dan dengan kepakaran media pembangkang mereka telah ubah kepada cerita palsu kononya Rosmah Mansor menabung dari kecil untuk beli cincin.

Bagi media pembangkang, mereka satu fitnah untuk aibkan orang lain adalah satu kejayaan yang cukup besar tanpa mereka fikir soal dosa dan pahala. Maka rakyat mula percaya dengan segala dusta yang dibuat oleh pembangkang.

Kenapa Cikgu Bad tidak cerita pada rakyat yang cincin tersebut hanya masuk ke Malaysia untuk di pamerkan serta duit tiket yang dikutip untuk melihat pemeran itu digunakan untuk membantu pesakit kanser dan OKU? Setelah selesai cincin itu dipamerkan di Malaysia, ianya telah dibawa masuk ke Singapore. Kenapa Bad tidak cerita semua ini?

Aku pernah tengok team Cikgu Bad jual buku fitnah cincin ini kepada rakyat dengan harga RM20.00 setiap satu. Aku khuatir jika Cikgu Bad guna duit hasil jualan buku fitnah itu untuk bagi anak bini makan. Apakah berkat duit yang diberikan kepada anak bini hasil dengan fitnah orang?

Mungkin rakyat akan tanya, kalau Cikgu Bad buat fitnah kenapa Rosmah tidak pula saman Cikgu Bad? Jawapan dia mudah. Apakah dengan saman, pembangkang akan berhenti merekayasa fitnah terhadap Rosmah Mansor? Apakah dengan saman menyaman, Rosmah Mansor akan selamat dari serangan fitnah macai pembangkang? Jawapanya sudah pasti tidak.

Sampai masa, kami akan keluarkan segala bukti dokumen yang mengukuhkan lagi bahawa selama ini Cikgu Bad hanya suap anak bini beliau dengan hasil fitnah terrhadap Rosmah Mansor.

Kalau kita pamerkan video bergerak Anwar Ibrahim dikatakan satu fitnah, tetapi dengan hanya dokumen Kastam macai pembangkang katakan ini cerita benar. Kalau kita muat turun dalam youtube video bergerak Anwar mengayat siswa dikatakan satu fitnah, tetapi kenapa hanya dengan sekeping dokumen Kastam macai PR boleh kata itu semua benar?

Inilah realiti otak macai PR. Pemikiran yang jumud dan tertutup dengan bisikan syaitan, maka segala kebenaran tidak lagi benar tetapi yang banthil itu pula dikatakan sahih.

Semoga dengan pendedahan kami suatu ketika nanti, manusia yang tidak berparti akan rasional dalam membuat penilaian serta keputusan. Kalau yang bangkang, Rosmah Mansor solat pun mereka akan kata itu hanyalah satu pembohongan.

Pssstttt... AKjr : Fitnah, fitnah, fitnah.... 24 jam memfitnah saja koje mereka nih!!! ishhh2... Yang pastinya sama2 kita TOLAK PUAK2 PEMBANGKANG pada PRU13 nti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan