SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 8 Mac 2013

SAYA TAK AKAN MINTA MAAF.., SAYA TAK SALAH.. ~ TIAN CHUA


SAYA TAK AKAN MINTA MAAF.., SAYA TAK SALAH.. ~ TIAN CHUA


Walaupun berdepan dengan kemarahan seluruh rakyat Malaysia ekoran dari tuduhannya terhadap kejadian pencerobohan pengganas Sulu di Sabah, Tian Chua hari ini menegaskan bahawa dia tak perlu meminta maaf kepada mana-mana pihak termasuklah Umno.

Naib Presiden PKR itu juga menyalah media yang didakwanya memutarbelitkan kenyataan beliau didalam KeadilanDaily. Tian Chua juga menafikan pernah menuduh Umno ataupun menghina anggota keselamatan negara yang terkorban semasa menjaga kedaulatan negara di Lahad Datu Sabah.

Justeru itu, Tian Chua yang sebelum ini dipenjara kerana menggigit Polis sewaktu perhimpunan Bersih, mahu rakyat Malaysia menolak politik adu domba yang didakwanya diamalkan oleh pihak kerajaan.

Sebelum ini, kenyataan Tian Chua didalam lidah rasmi PKR, KeadilanDaily telah menimbulkan rasa tak puas hati seluruh rakyat Malaysia. Dalam kenyataan tersebut, Tian Chua menuduh pencerobohan di Lahad Datu sebagai konspirasi terancang oleh Umno bagi menakut-nakutkan rakyat.

Tian Chua juga menuduh bahawa pihak kerajaan sengaja mencetuskan kekalutan di Sabah bagi menangguhkan Pilihanraya Umum ke 13. ~ MPP News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan