SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 4 Mac 2013

PANAS TERIK!! Azwan Ali akan bertanding PRU-13 Nanti..


PANAS TERIK!! Azwan Ali akan bertanding  PRU-13 Nanti..


Azwan Ali Adik Timbalan Presiden Keadilan akan bertanding pru-13

Ekoran percaya dengan pengaruh yang dimilikinya, pengacara dan selebriti terkenal, Azwan Ali, menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau menegaskan, hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas itu adalah benar dan bukan sekadar cakap-cakap kosong.
Azwan, 47 tahun, menegaskan yang beliau akan membuat keputusan kerusi manakah yang akan ditandingi selepas menilai maklum balas daripada para peminatnya.
"Ya... saya ada menulis beberapa kali di Twitter mengenai hasrat bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah, maklum balas sangat menggalakkan.

"Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti," katanya.
Azwan, yang juga adik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Azmin Ali, berkata beliau tidak akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepertimana yang diperkatakan oleh ramai pihak dalam laman sosial.
Beliau juga tidak berhasrat mewakili mana-mana parti sekiranya ada tawaran.
"Saya memang berhasrat untuk bertanding tapi bukanlah di Pekan sepertimana yang diperkatakan dan jauh sekali untuk mencabar Perdana Menteri," katanya lagi.
Jelas Azwan, hasratnya bertanding itu dibuat selepas melihat semakin ramai golongan selebriti mula menyertai parti politik.
"Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh," katanya.
Jelas Azwan, jika perkara itu menjadi kenyataan beliau mahu memperjuangkan nasib individu sepertinya selain bercita-cita menjadi seorang pemimpin parti politik yang unik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan