SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 5 Mac 2013

FAKTA!! I.S.A Perlu Di Hidupkan Semula?!


FAKTA!! I.S.A Perlu Di Hidupkan Semula?!

Setelah penyelesaian tuntutan Fipilina keatas Sabah,kerajaan Malaysia menampakan keyakinan penuh tidak akan timbul kebangkitan untuk mengambil semula Sabah dengan tindakan bersenjata. Ancaman yang bersifat pencolekan dan pencerobohan dari Filipina yang berlaku dari masa kesemasa lebih diketahui sebagai tindakan lanun yang tiada hubungan dengan politik.


Bagaimanapun pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datuk yang setakat ini mengorbabkan tujuh anggota keselamatan Malaysia (dua komando dan lima anggota Polis) oleh penembak tepat (Sharpshooter) atas alasan mahu Sabah dikembalikan kepada mereka mencetuskan beberapa persoalan tentang kedudukan keselamatan negara sekarang dan juga taraf keupayaan pengawal negara; polis dan tentera terutama bahagian Perisikan Tentera dan Unit Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia.

Dan adakah penghapusan ISA telah menghalang mereka untuk bertindak lebih awal kerana tidak mempunyai bukti untuk dihadapkan yang disyaki kemuka pengadilan.

Anggapan bahawa pencerobohan itu datang dari tentera asing mungkin tidak tepat kerana tanpa kerjasama rakyat tempatan atau permastautin tetap dari Selatan Filipina tidak dapat ditolak mentah mentah tertutama sekali kerana menurut laporan akhbar tentera Kesultanan Sulu itu telah berada dibeberapa kawasan di Sabah sejak empat bulan lalu.Tentunya mereka telah mengatur perancangan berstrategik dan taktik penyerangan yang rapi.

Bahawa tentera kesulatanan ini dapat bertahan dan dapat melepaskan tembakan tepat kesasaran membuktikan bahawa mereka juga mempunyai alat pemantauan keselamatan cukup yang canggih.

Peristiwa ini juga membuka mata kita terhadap kemungkinan besar akan boleh boleh berlaku gerakan gurila bandar( urban guerilla) mengambil alih perjuangan guril di hutan dengan adanya ramai pendatang asing di negara ini dan adanya perasuah di pintu masuk negara kita.

Keadaan sekarang adalah berbeza dengan sebelum berlaku konfrantasi Indonesia di tahun enam puluhan dimana ketika itu jumlah rakyat asing yang berada di negara ini terutama dari Indonesia dan Filipina adalah kecil berbanding dengan sekarang samaada yang pendatang izin atau haram yang terdiri dari berbagai bagai anasir yang tentunya termasuk perisek perisek.

Peristwa ini tentunya telah menggemparkan dunia kerana Malaysia dan Singapura adalah diketahui sebagai dua buah negara yang menpunyai taraf keselamatan yang tinggi. Seperti terkejunya kita dengan peristiwa pengembomam di London pada 7 June 2005 maka demikianlah dunia gempar dengan letusan pencerohan berdarah di Lahad Datuk Sabah.

Malaysia diketahui mempunyai kecekapan dalam memantau gerakan militan Islam seperti gerakan Jemaah Islamiah Nusantara yang hendak menegakan Darul Islam di Nusantara tetapi tentunya tidak terfkir bahawa Tentera Kesultanan Sulu boleh mendatangkan lebih besar kepada negara.

Satu demi satu wira kita telah gugur dengan tembakan tepat dan tentunya mereka ini telah melalui taraf latihan yang kental dan bukan sebarangan dan apakah boleh ditolak kaitannya dengan Gerakan Jemalah Islamiah Nusantara sekalipun hal ini boleh diperkecilkan.

Dan jika benar ada rakyat negara ini yang terlibat dalam membantu penyusupan, perancangan dan serangan maka mestilah diuruskan balasan yang setimpal dengan dosa mereka sebagai pengkhianat dan penderhaka.

Apakah persitwa ini juga merupakan akibat dari penghapusan ISA yang walaupun pihak perisek telah mengetahui gerakan anasir musuh dari dalam lebih awal tetapi tidak dapat bertindak tanpa bukti untuk dihadapkan ke mahkamah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan