PIHAK BERKUASA TEMPATAN BERTINDAK ALA SAMSENG - BUKTI KERAJAAN SELANGOR ZALIM!
Sifat kemanusiaan pihak berkuasa kerajaan tempatan nampaknya makin lama makin terhakis. Ini bermula apabila Pakata Rakyat memegang tampuk pemerintahan. Para peniaga miskin yang harus dibela nasibnya diperlakukan lebih teruk daripada pendatang asing yang giat meniaga secara haram di seluruh Selangor. Di bulan Ramadhan yang mulia ini mereka sanggup bertindak kejam tanpa memikirkan nasib peniaga Melayu yang sememangnya telah ditindas secara terang-terangan. MPSJ nampaknya bersikap “double standard” apabila hanya mengenakan tindakan kepada peniaga miskin tetapi membiarkan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh peniaga-peniaga kaya. Sungguhpun sudah terang kekejaman yang dilakukan oleh MPSJ, mereka dengan angkuh mengatakan bahawa tindakan mereka adalah benar dan mereka bersikap professional.
Kejadian dimana majlis perbandaran atau daerah bertindak ala samseng sememangnya tidak asing di negeri Selangor. Perkara yang sama berlaku di Shah Alam, Kelang, Kuala Langat dan semua pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor. Di Shah Alam contohnya, apabila penduduk setempat membuat aduan dan kritikan terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam, pihak berkuasa tempatan itu akan menghantar kuncu-kuncu mereka untuk mengambil gambar tempat tinggal pengadu tersebut. Tujuan mereka mengambil gambar adalah untuk mencari kesalahan pengadu sekiranya pengadu ada membuat kesalahanmengubah suai rumah dan sebagainya. Tindakan ini tidak ubah seperti sekumpulan samseng yang mahu membalas dendam sekiranya ada pihak yang menegur kesalahan nyata yang mereka lakukan.
Nampaknya pihak berkuasa tempatan begitu cekap dalam mencari salah penduduk sehinggakan kesalahan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga kaya dibiarkan begitu sahaja. Mungkin pihak berkuasa tempatan di Selangor terlalu rabun dengan mengalakkan penjenayah dan mereka yang rosak akhlak untuk berniaga tanpa apa-apa sekatan. Rumah urut, kedai arak, pusat pinjaman wang dan pusat hiburan tidak akan diganggu oleh pihak berkuasa tempatan di Selangor. Sijil kebenaran perniagaan dikeluarkan dengan cepat, sehinggakan di dalam sekelompok rumah kedai, mesti ada sekurang-kurangnya satu tempat menjual arak, satu pusat urut dan satu pusat pinjaman wang @ Ah Long.
Tiada satu pun pusat-pusat neraka ini diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan. Mereka nampaknya amat takut untuk mengambil tindakan sehinggakan pelekat-pelekat yang mempromosikan rumah urut dan peminjam wang tidak mereka tanggalkan. Sebagai contoh, di seksyen 14 Petaling Jaya, pelekat yang mempromosikan Ah Long ditampal merata-rata sehingga menyebabkan sesetengah papan tanda telah ditutupi sepenuhnya. Di Kelang pula, Majlis Perbandaran Kelang (MPK) akan bertindak tegas terhadap restoran bumiputera yang meletakkan meja dan kerusi di kaki lima, tetapi membiarkan pusat-pusat judi berkomputer terus beroperasi sehingga ke hari ini. Apa maksudnya semua ini? Siapa yang bertanggungjawab akan kekejaman yang berlaku ini? Mungkinkah Exco Kerajaan Tempatan Negeri Selangor Ronnie Liu perlu dipersalahkan? Apakah Ronnie Liu telah mewariskan sikap dan sifat samseng beliau kepada pihak berkuasa tempatan?
Walau apapun, kekejaman ini harus dihentikan dengan segera. Exco, Datuk Bandar, Pegawai Penguatkuasa dan mereka yang terlibat perlu dibawa kemuka pengadilan atas penyalahgunaan kuasa yang mereka lakukan di Negeri Selangor. SPRM perlu segera menyiasat perkara ini dengan segera agar nasib rakyat terus terbela. Hak dan kepentingan rakyat perlu didahulukan dari segala hal lain. Rakyat negeri Selangor sudah muak dan jelik dengan sikap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan yang bermaharajalela. Ramai yang tidak sabar untuk menunggu pilihanraya akan datang supaya mereka dapat memilih semula sebuah kerajaan yang tidak pernah melupakan nasib rakyat.
Sumber: MyKMU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan