SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Rabu, 15 Ogos 2012


HARAKAH Memalukan PAS dan UMAT ISLAM - Hadi Awang



Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa satu artikel yang tersiar dalam akhbar Harakah keluaran 19-21 Julai 2011 yang mengaitkan Umno Selangor dengan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos tahun lalu, adalah fitnah terhadap Umno.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Zaki seterusnya berkata mahkamah berpuas hati bahawa artikel berkenaan adalah fitnah dan jelas merujuk kepada Umno Selangor.


Artikel selanjutnya, klik  HARAKAH MEDIA PEMFITNAH



Sekali lagi GWM paparkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini berhubung artikel yang tersiar dalam akhbar Harakah keluaran 19-21 Julai 2011

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Zaki seterusnya berkata mahkamah berpuas hati bahawa artikel berkenaan adalah fitnah dan jelas merujuk kepada Umno Selangor.

Sudah masuk 9 bulan, tidak ada satu pun bukti yang dikeluarkan, dipaparkan kepada media oleh Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali.

Jika mengikut kiraan matematik mudah (simple mathematics), wanita yang sarat mengandung sudah pun melahirkan anak sebagai bukti kewujudan kasih sayang dan hubungan di antara suami dan isteri.

Bagaimana pula dengan Harakah? ...



PAS akan dedah bukti, Umno main peranan operasi Jais

19-21 Julai 2011 Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan “perangkap” Umno dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

“Saya dapat mak lumat ‘dalaman’ Jais (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Daman sara Utama, Petaling Jaya itu,” dedahnya pada sidang media di Pejabat PAS Terengganu, Isnin lalu.

Inilah yang lahir 9 bulan dari perut media syurga PAS ... fitnah yang cukup jijik.

Sukar sama sekali untuk dipisahkan Harakah dan fitnah. Umpama aur dan tebing ... seolah-olah wujud hubungan simbiosis yang cukup rapat, saling kait-mengait.

Harakah adalah fitnah ... Fitnah itu adalah Harakah.



Isu fitnah sebenarnya telah lama bertapak dan wujud dalam media syurga PAS ini. Hanya melalui fitnah, PAS terbukti mampu menarik sebilangan sokongan dan undi umat Islam yang terpana dengan pembohongan.

Isu fitnah ini memang telah lama disedari oleh Hadi Awang.


Ini yang berlaku sewaktu Muktamar PAS tahun lalu. Hadi Awang cukup panasa dan naik angin dengan gelagat media sensasi Islamik parti tersebut.

Apa yang menarik, media utama parti PAS ini dinobatkan sebagai media bodoh oleh Presiden PAS sendiri ... Sudah tentu ada yang tidak kena dengan gerombolan wartawan dan editor media tersebut.


Apa yang menarik perhatian GWM adalah kenyataan Hadi Awang menempelak media Harakah, yang sebenarnya dikuasai oleh golongan pemfitnah yang wujud dalam PAS.

Siapa musuh dan pemfitnah yang dimaksudkan Hadi Awang? Sudah tentu bukan UMNO. Sepanjang wawancara dengan TVPAS, langsung tidak disebut UMNO sebagai musuh yang melagakan golongan-golongan yang wujud dalam parti ini.



Sejarah tidak pernah berbohong, hanya Harakah dan PAS sahaja yang gemar berbohong terhadap umat Islam.

Media Harakahdaily ini nyata gemar melakukan fitnah dan mengaibkan sesama umat Islam.

Bukti sahihnya ada dibawah ini ...



Ini adalah artikel dan gambar yang pernah dikeluarkan oleh media yang mendakwa berpandukan kepada Islam dan 'Tepat Dari Sumber'.

Inilah hakikat sebenar Harakahdaily ...

Media yang sepatutnya menganjurkan ukhwah Islamiyah dan perpaduan di kalangan umat Islam sudah menjadi media pemfitnah tegar, lebih jijik dari media pro kerajaan.

Masih lagi percaya dan mahu membaca media yang mendakwa 'Tepat Dari Sumber' ini ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan