ILMU - JELAJAH HUDUD SELURUH MALAYSIA
Kita wajib menolak kepentingan politik demi menegakkan syiar Islam di Malaysia dengan penerangan tersebut moga2 dgn kefahaman yg disampaikan pada pihak yg berkenaan terutama MCA, MIC, GERAKAN dan DAP dapat menerima dan menyokong kita melaksana kan hukum hudud yg kita sama2 inginkan
Program
itu bertujuan memberi penerangan dan kefahaman terperinci mengenai
undang-undang berkenaan supaya tidak disalah tafsir mereka.
Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya, berkata pihaknya sedang dalam proses menghantar jemputan kepada parti politik seperti MCA, MIC, GERAKAN dan DAP.
“Kita mahu terjemahan hudud itu disampaikan menerusi tafsiran yang mudah difahami dan jelas supaya mereka (bukan Islam) tidak menganggap ia (hudud) sebagai ancaman dan zalim kepada penganut bukan Islam.
“Tumpuan jelajah ini juga bukan untuk membincangkan bagaimana kaedah pelaksanaan hudud, sebaliknya usaha memahami isi kandungan hukum Islam itu, disusuli alasan dan hujah sebenar,” katanya.
Fathul Bari berkata, ia juga sebagai platform untuk memastikan hukum itu tidak terus dijadikan bahan pertikaian dan perbalahan terutama pemimpin politik.
Jelajah itu akan bermula di Perlis pertengahan September depan sebelum ke negeri lain. Sesi penerangan dan diskusi akan disampaikan oleh panel daripada iLMU serta ulama dan tokoh agama.
Siaran akhbar Berita Harian, Jumaat 24 Ogos 2012, m/s 4
SILA LAWAT UNTUK MAKLUMAT TERPERINCI;- ILMUAN MALAYSIA.COM ATAU DI Link: http://
Tiada ulasan:
Catat Ulasan