SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 7 Ogos 2012


WAHAI RAKYAT MALAYSIA, MARI DOAKAN KEMENANGAN AZIZULHASNI PETANG INI!


LONDON – Selepas kempunan melihat pingat emas dalam acara badminton, tanggungjawab itu kini di atas bahu pelumba trek sensasi negara Mohd. Azizulhasni Awang (gambar) yang sudah sedia untuk mengerah seluruh kudratnya bertarung dalam acara keirin dekat trek Velopark di sini, hari ini.

Mengakui tidak tertekan dengan harapan tinggi yang disandarkan itu, Azizulhasni berkata, dia akur harapan mendapatkan kilauan emas kini berada dalam tanggungjawabnya dan atlet terjun, Pandelela Rinong.

“Jika saya berasa tertekan, saya tidak akan berada di sini (London) dan mungkin dari dulu lagi saya tarik diri. Kini mungkin tinggal saya dan Pandelela tapi saya menganggap sandaran itu sebagai misi negara dan bukan peribadi.

“Jadi, saya perlu memberikan lebih daripada yang terbaik kerana negara itu lebih penting daripada diri saya sendiri. Ramai yang menaruh harapan dan jika menang, mungkin arena basikal negara akan berubah sepenuhnya,” katanya yang akan beraksi pada pukul 4 petang waktu Malaysia.

Paling menarik, Azizulhasni yang digelar The pocketrocketman mendapat talaan semangat baru apabila ibunya, Selamiah Yong turut dibawa khas ke sini untuk memberikan sokongan kepadanya.

Badminton yang menjadi harapan untuk menghasilkan pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan negara selama 56 tahun sejak Melbourne 1956 tidak kesampaian apabila pemain perseorangan Datuk Lee Chong Wei kalah kepada jaguh China, Lin Dan pada perlawanan akhir sekali gus meletakkan Azizulhasni sebagai sandaran untuk mengubat kekecewaan.

Read more...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan