SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 3 Ogos 2012



Negeri Perak telah menjadi negeri kebajikan kepada rakyatnya
apabila menawarkan skim rumah mampu milik rakyat disamping
bayaran ansuran yang terendah kepada golongan kurang mampu.

Rakyat negeri Perak berpeluang memiliki rumah sendiri yang 
bernilai RM52,000 dengan hanya membayar yuran pendaftaran
 RM 200 dan bayaran ansuran bulanan serendah RM218 sahaja.

Faedah ini boleh dinikmati di bawah Skim Rumah Insan Amanjaya 
(SRIA) yang dilancarkan oleh Menteri Besar, 
Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di Dewan Serbaguna SUK, Ipoh hari ini.

Skim ini dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan 
negeri Perak dan Yayasan Bina Upaya (YBU).

 

Menteri Besar ketika mengumumkan perkara itu berkata,
 peluang tersebut diberikan kepada rakyat Perak yang 
mempunyai pendapatan isi rumah kurang RM3,000 
sebulan dan masih belum memiliki rumah sendiri.

Menurut beliau, melalui SRIA, peserta tidak dikenakan 
sebarang bayaran faedah dan boleh membuat bayaran
 balik pinjaman dalam tempoh 10 hingga 20 tahun.

"Kerajaan negeri dan YBU sentiasa berusaha untuk 
membantu golongan yang berpendapat rendah kerana 
mereka juga berhak untuk memiliki rumah sendiri,'' katanya. 
Turut hadir di majlis pelancaran SRIA ialah 
Pengerusi YBUDR, Datuk Saarani Mohamad.

Dr. Zambry memberitahu, sebagai permulaan, kerajaan 
negeri menyuntik dana awal sebanyak RM10 juta yang 
dijangka dapat memberi peluang 180 keluarga memiliki 
rumah sendiri.

Beliau membayangkan kemungkinan untuk menambah 
dana tersebut bagi memberi peluang lebih ramai 
rakyat di negeri ini untuk memiliki rumah.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyerahkan surat 
kelulusan dan replika kunci rumah kepada beberapa 
orang penerima. Salah seorang penerima, M.Muniamah, 53, 
dari Sitiawan melahirkan rasa gembira kerana akan dapat 
memiliki rumah sendiri setelah hampir tiga tahun menumpang
 di rumah majikan suaminya.

“Saya gembira dan seronok sebab sudah lama menumpang 
di rumah majikan suami saya yang bekerja sebagai pemandu lori,” 
katanya sambil memberitahu mereka akan membina rumah di Batu 6,
 Lekir, Sitiawan. Surinderpal Singh,48, dari Buntong pula berkata, 
skim ini dapat membantu golongan sepertinya untuk memiliki 
rumah idaman sendiri. “Skim ini bagus dan patut diteruskan. 
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan YBU kerana banyak membantu,” katanya.

Syabas kepada kerajaan negeri Perak dibawah 
pemerintahan Menteri Besar Dr. Zambry.Tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir.



*sumber dari laman sesawang PerakNews

1 ulasan:

  1. pautan blog bro sudah gua masukkan dalam senarai geng PCT,
    sila lihat blog KINTA MENJERIT

    http://kinta-menjerit.blogspot.com

    BalasPadam