SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 2 Ogos 2012


Hanya Kerana Syed Mokhtar Al-Bukhari Orang Melayu, DAP Dan Pakatan Halang Pengambilalihan Penang Port


tumblr_lp3zqtEWjK1qi47k6o1_500
Sudah semakin sah, Lim Guan Eng, DAP dan Pakatan Rakyat menghalang Syed Mokhtar Al-Bukhari mengambilalih Pelabuhan Pulau Pinang kerana bangsa dan agama Syed Mokhtar Al-Bukhari. Untuk menyedapkan cerita, Guan Eng dalam kenyataannya berkata, usaha pembidaan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan Pelabuhan Pulau Pinang dipandang sepi oleh Perdana Menteri Malaysia.
Antara alasan-alasan yang dilihat sangat kelakar datangnya daripada Lim Guan Eng ialah, enggan membenarkan 'orang luar' mengambilalih Pelabuhan Pulau Pinang. Katanya lagi, Pulau Pinang tidak ketandusan 'anak negeri' yang boleh menyaingi Syed Mokhtar Al-Bukhari.
Menariknya, Lim Guan Eng tidak sedar, dia sendiri bukannya anak negeri yang telah dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Malahan perlantikannya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang juga dibuat berdasarkan tipu helah sehingga menimbulkan konflik dalaman DAP Pulau Pinang. Hanya kerana dia anak Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Kebangsaan DAP, maka pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang terpaksa tutup mulut dan melakukan tentangan dari dalam.
Lebih menarik lagi, Pelabuhan Pulau Pinang adalah milik Kementerian Kewangan Malaysia. Syed Mokhtar dan Seaport telah membuat bidaan untuk mengambilalih pelabuhan berkenaan dan bidaan berkenaan telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan. 
Dalam hujahnya, Lim Guan Eng menyatakan Syed Mokhtar Al-Bukhari akan menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai 'feeder port' untuk dua pelabuhan yang telah dimajukan oleh Syed Mokhtar iaitu Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang di Johor. Tohmahan Lim Guan Eng itu telah dinafikan oleh Syed Mokhtar Al-Bukhari sebaliknya, Seaport yang dimiliki oleh Syed Mokhtar telah bersetuju untuk mendalamkan laluan ke Pelabuhan Pulau Pinang sekaligus menjadikan pelabuhan tersebut berdaya saing dan mampu berdikari sekaligus mengembalikan keuntungan yang besar.
Sakit hati dan hasad dengki Lim Guan Eng dapat dibuktikan menerusi sebuah konsortium yang diwujudkan oleh Dewan Perniagaan Cina untuk bersaing dengan Syed Mokhtar bagi pengambilalihan pelabuhan berkenaan. Menariknya, konsortium itu baru diwujudkan tidak sampai beberapa hari sebelum Lim Guan Eng mendesak agar Syed Mokhtar Al-Bukhari dan Seaport mendedahkan terma-terma selain butiran pengambilalihan berkenaan.
Barangkali kalaulah Syed Mokhtar Al-Bukhari itu bukan berbangsa Melayu dan beragama Islam, Lim Guan Eng tentunya tidak akan melakukan tentangan sebegitu rupa. Pengalaman sebenar Syed Mokhtar yang telah menghidupkan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang sebenarnya sudah cukup menjadi testimoni kepada anak Melayu itu untuk menjalankan tugasnya. 
Berbanding Konsortium yang diwujudkan oleh Dewan Perniagaan Cina untuk bersaing dengan Syed Mokhtar dan Seaport, secara jelas tindakan Lim Guan Eng yang mempertikaikan kebolehan seorang anak Melayu, melambangkan kebenciannya yang sangat terlampau kepada Melayu dan Islam. Mana-mana orang Islam yang berjaya di negara ini, seringkali akan dilabelkan sebagai UMNOPUTRA atau kroni-kroni pemimpin UMNO.
Agak aneh kerana Lim Guan Eng sekadar mendesak Syed Mokhtar Al-Bukhari dan Seaport untuk mendedahkan terma-terma serta perincian tentang pengambilalihan tersebut tetapi mendiamkan diri tentang Konsortium yang baru ditubuhkan oleh Dewan Perniagaan Cina. Bahkan, Lim Guan Eng seboleh mungkin cuba melindungi kewujudan konsortium tersebut atau berpura-pura tidak tahu tentang kewujudannya yang dibuat semata-mata untuk memastikan tidak ada ANAK MELAYU yang boleh mengambilalih Pelabuhan Pulau Pinang.
Timbul tanda-tanya mengapa hanya setelah Syed Mokhtar Al-Bukhari mahu mengambilalih Pelabuhan Pulau Pinang yang telah mengalami kerugian ratusan juta ringgit selama bertahun-tahun, barulah ada Konsortium dari Dewan Perniagaan Cina yang mahu bersaing? Mengapa tidak sebelum ini? Apakah ianya merupakan PEMBALASAN DENDAM berikutan kejayaan Syed Mokhtar memecahkan monopoli SUPER BILIONAIRE Cina bernama Robert Kuok dalam monopoli gula, tepung dan minyak masak?
Siapa sebenarnya yang menjadi dalang di sebalik penubuhan Konsortium tersebut sebelum Lim Guan Eng mempertikaikan Syed Mokhtar Al-Bukhari dan Seaport?
Apabila membaca apa yang dinyatakan oleh Lim Guan Eng tentang ketelusan Seaport dan desakan agar Syed Mokhtar memperincikan pengambilalihan Pelabuhan Pulau Pinang kerana kononnya, bimbangkan kesan buruk kepada rakyat Pulau Pinang, seharusnya Lim Guan Eng dengan penuh berani dan tidak takut-takut untuk membuat pendedahan berhubung rampasan sebidang tanah Rezab Melayu yang sepatutnya digunakan sebagai tapak sebuah masjid, sebaliknya diserahkan oleh Lim Guan Eng kepada sebuah syarikat pemaju hartanah untuk pembinaan rumah-rumah mewah serta banglo berharga jutaan ringgit.
Sepatutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu menjelaskan dan menyelesaikan masalah tersebut secara terperinci kepada rakyat negeri itu bersama fakta dan bukti-bukti kukuh yang mewajarkannya “mencabul” tanah umat Islam.



Itu belum lagi disebut mengenai Kampung Buah Pala di mana dikatakan bahawa lebih separuh dari kalangan masyarakat India yang berkampung di situ sejak turun temurun benar-benar marah pada Pakatan Haram Pulau Pinang.



Memang Guan Eng berikan rumah sebagai pampasan kepada para penduduk Kampung Buah Pala. Tapi, dikhabarkan bahawa mereka terpaksa membayar lebih separuh harga rumah yang diberikan tersebut memandangkan harga “kampung warisan” itu dikatakan lebih rendah dari rumah-rumah baru mereka.



Dulu, mereka tidak menanggung hutang ketika tinggal di Kampung Buah Pala, tapi sekarang mereka terpaksa membayar sejumlah wang yang besar setiap bulan kepada bank sedangkan mereka terdiri dari golongan berpendapatan rendah.



Sekiranya nanti mereka tidak dapat membayar sewa beli rumah tersebut dan bank merampas rumah mereka, apakah Guan Eng sanggup memberikan rumahnya sendiri kepada masyarakat India Kampung Buah Pala itu?



Sebenarnya, rakyat Pulau Pinang khususnya bangsa Melayu dan kaum India kenal benar dengan sikap rasis pentadbiran Guan Eng yang memilih bulu dan tidak berdasarkan keadilan kepada semua kaum.



Malah dikatakan kaum Cina yang menyokong MCA dan Gerakan di Pulau Pinang pun terkena tempias berat sebelah Guan Eng yang meminggir dan menekan mereka cari makan berbanding kaum Cina yang menyokong DAP dan Pakatan Haram.



Berbalik kepada pengambil alihan Penang Port oleh Tan Sri Syed Mokhtar, sudah tentu akan “dikerat” memandangkan Guan Eng dan para penasihat di kiri kananya memang tidak suka melihat bangsa Melayu bertapak dan maju di pulau yang konon-konon “milik”nya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan