SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Rabu, 1 Ogos 2012


AKHIRNYA, KAKI FITNAH NI KENA TANGKAP!!!


Ya!!! Akhirnya, Si Kaki Fitnah PKR, Rafizi Jambu ni kena tangkap jugak hari ni kerana memiliki rahsia akaun NFC yang jelas melanggar undang - undang Negara.

Korang bayangkan la ye. Belum pun jadi Kerajaan, semua maklumat tentang korang boleh diakses dengan cara yang amat mudah oleh puak - puak Pakatan ni.

Dah jadi macam Amerika pulak dah gayanya. Semua maklumat peribadi termasuk nombor akaun korang ada dalam simpanan mereka. 

Kalau la diorang dapat memerintah Negara ni nanti, rasanya habis semua maklumat peribadi korang akan diselongkar dan didedahkan kepada umum.

Mudah sangat la diorang nak ambik duit dari dalam akaun kita ye tak kalau macam tu. Bila kita tanya mana pergi duit tu, diorang boleh la bagi alasan yang bukan - bukan.

Semata - mata nak buat fitnah terhadap orang lain punya pasal, diorang sanggup buat apa sahaja sampaikan maklumat peribadi orang pun diselongkar.

Sama la macam kes berkaitan dengan Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri hari tu. Bila dicabar suruh dedahkan dari mana dia dapat maklumat, terus terdiam.

Orang macam ni ke yang nak kita jadikan sebagai pemimpin Negara kelak yang suka buat fitnah terhadap orang lain dan selongar peribadi individu? Korang fikir la sendiri!!!
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dilaporkan ditahan polis kira-kira jam 7 pagi tadi atas dakwaan terbabit mendedahkan butiran perbankan berkaitan dengan projek PerbadananFeedlot Nasional (NFC).

Beliau yang mengulas di laman Twitter miliknya berkata, penahanan itu adalah di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA) dan akan didakwa pada jam 9 pagi ini di Mahkamah Shah Alam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan