SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 17 Ogos 2012


HANYA KERANA BERGAMBAR 

DISISI NAJIB, NASHARUDDIN 

DISIFATKAN SEBAGAI ANJING 

OLEH ORANG PAS SENDIRI!!



Nun jauh di Pantai Timur, suara PELESIT yang bersarungkan pakaian DPP Kelantan mendesak agar Nasaruddin Mat Isa melepaskan jawatannya selaku Ahli Parlimen Bachok. Di media-media maya pula, para penyokong PAS menggila dengan kemarahan dan kebejatan otak yang tidak terkawal sehingga Nasaruddin Mat Isa dilabelkan sebagai ANJING UMNO.

Semuanya kerana sekeping gambar yang memperlihatkan Nasaruddin Mat Isa berada di sebelah Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak di Makkah bersama-sama dua orang pembesar Arab.

Sesungguhnya, amatlah melucukan kerana kehadiran Nasaruddin bersama-sama Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada PAS.

Barangkali sebilangan besar orang PAS tidak mengetahui bahawa DAP begitu berbangga apabila Setiausaha Agung parti mereka pada ketika itu, Lim Kit Siang menemani Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr. Mahathir, menyaksikan pelancaran satelit Tiung-sat di Kazakhstan. Tidak ada langsung cemuhan terhadap Kit Siang, malah langsung tidak ada desakan agar Kit Siang melepaskan jawatannya kerana telah memalukan DAP.

Nampak sangatlah benak dan pendek akal orang-orang PAS ini. Maka tidak hairanlah mengapa manusia bengong seperti Mat Sabu dan Mahfuz Omar boleh dilantik sebagai pemimpin memandangkan yang melantik mereka pula mempunyai kepandaian yang mungkin lebih sedikit berbanding cacing tanah!!!

Sekaligus mengesahkan bahawa di dalam PAS, sudah tidak ada kebaikan melainkan yang ada hanyalah penjahanam-penjahanam umat dan negara...

1 ulasan: