SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 3 Ogos 2012


GEMPAR BERAPI! INI BUKTI KERAJAAN SELANGOR MENIPU RAKYAT SELAMA INI PASAL ISU AIR!


“Puncak Niaga dan SYABAS telah maklumkan masalah berkaitan bekalan air akan berlaku kepada Kerajaan Selangor sejak 3 tahun yang lalu…maknanya bukan hari ini, bukan minggu lepas, bukan bulan lepas tetapi sejak 3 tahun lalu”.

Itu kenyataan yang menunjukkan bahawa tidak wujud isu komplot antara kedua-dua agensi terbabit dalam krisis air yang melanda rakyat Selangor seperti yang didakwa oleh kerajaan negeri.

Puncak Niaga mahu pun SYABAS, sememangnya maklum mengenai permintaan pengguna terhadap bekalan air yang semakin tinggi saban tahun dan atas dasar itu kedua-dua agensi terbabit memaklumkan kepada Kerajaan Selangor berkaitan keperluan pentadbiran untuk mewujudkan sebuah lagi loji bagi menampung permintaan tersebut.



Namun setelah 3 tahun dan masalah berkaitan krisis air semakin meruncing, kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat masih tidak berbuat apa-apa malah menuduh kedua-dua agensi terbabit bersekongkol untuk menjatuhkan pentadbiran negeri itu.

Keliru dengan sikap berdolak dalik kerajaan Selangor, lantas Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) dengan inisiatif sendiri cuba untuk memahami siapakah dalang dalam isu krisis air di Selangor.

Dalam lawatan ke Loji Air Sungai Langat, penerangan terperinci berkaitan cara memproses air mentah selain kapasiti yang mampu dibekalkan kepada pengguna berlangsung hari ini.

Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan ketika melawat loji terbabit mendapati krisis air sebenarnya berlaku bukan kerana ketiadaan air di sungai atau pun di empangan, sebaliknya ia adalah disebabkan tidak ada kesinambungan antara Kerajaan Selangor, SYABAS dan Puncak Niaga.

“Tujuan lawatan kita ini sebenarnya untuk mendapat penerangan jelas dan terperinci tentang bagaimana loji ini beoperasi, kapasitinya dan juga pengeluaran air yang boleh dibuat daripada proses mula hingga ke tangki.


Read more...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan