SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 2 Ogos 2012


HOT! Khalid Ibrahim Ada Apa-apa Ke Dengan Rafizi Ramli??



AKjr musykil dengan tindakan Khalid Ibrahim yang mengatakan bahawa kerajaan negeri Selangor akan mengadakan dana khas bagi membiaya kos guaman Rafizi Ramli, bekas ketua pegawai eksekutif di pejabat penasihat ekonomi negeri Selangor itu.

Kemusykilan ini timbul kerana bukannya Anwar Ibrahim dan Wan Azizah selaku Penasihat dan Presiden PKR yang pertama yang menyuarakan tentang dana untuk Rafizi Ramli yang bertugas sebagai Penasihat Strategi PKR.

Kenapa Khalid Ibrahim? Dan kenapakah kerajaan negeri Selangor diheret bersama di dalam kancah ini?

Ianya kerana sebarang penglibatan kerajaan negeri dalam sebarang kes mahkamah boleh ditafsirkan sebagai kerajaan negeri itu turut terlibat dalam kes tersebut tetapi kes Rafizi Ramli tidak melibatkan kerajaan Selangor.

AKjr berpendapat bahawa adalah lebih elok jika Khalid Ibrahim tidak melibatkan wang rakyat Selangor dalam kes anak buah Anwar itu. Kerajaan negeri sepatutnya berpendirian neutral dalam hal ini.

Jika tidak, kemungkinan ada rakyat Selangor yang kecewa dan tidak puas hati dengan tindakan Khalid Ibrahim.

Tambahan pula, tindakan Khalid Ibrahim itu ibarat kerajaan Pakatan yang menandatangani cek untuk kroni mereka iaitu peguam Rafizi Ramli yang juga merupakan pemimpin Pakatan!

Dan jika Rafizi didapati bersalah, ianya secara tidak langsung terpalik ke muka Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

First round, Rafizi Ramli sendiri mengaku tidak meneliti Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989!

Bacaan seterusnya : KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan