Kenapa kita WAJIB tolak HUKUM HUDUD PAS?!! @NajibRazak @NikAbdulAziz
Banyak
persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, kenapa Dr Mahathir sewaktu
memegang jawatan Perdana Menteri "menolak" hukum Hudud. Sedangkan kita
sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di
sini kita rungkaikan sedikit persoalan tersebut.
Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu :
- Hudud
- Qisas
- Ta’zir
Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta’zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta’zir.
1.
Hukum Hudud – Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan
yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB
dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh
dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
2.
Qisas – Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh
syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana
kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.
Mengikut
hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama
sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia
mesti dihukum bunuh.
3. Diat – Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Bagi
jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas atau Diat.
Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak,
Qisas bunuh dikenakan.
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
4.
Ta’zir – Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang
yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan
yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis
atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang
telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan
keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir;
(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c)
Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti
menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud.
Hudud
juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada
perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza
dari segi fasal dan huraiannya.
Hudud
adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa
pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?
Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.
Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.
Kedua
hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002
bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan
Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.
Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.
Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?
Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
Sedangkan
dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan
Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.
Mengapakah
bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud
oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat.
Ini
kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana
petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang
menyatakan;
1.
Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan
kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu
“tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan
ramai (maslahat umum)”.
Penguatkuasaan
kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan Pas di Kelantan, menurut
kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan
pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan
politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana
yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para
sahabat.
3.
Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat
Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak
bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.
Di
samping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada
terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada
mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku.
Kita
hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang
dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja
tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita
dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran
Islam.
4.
Khusus mengenai undang-undang jenayah Pas di Kelantan, kajian awal
menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan
menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja
menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan
membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada
keterangan berikut:
(i)
Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan
orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan
menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.
Memang
benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah
undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab
Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al
Quran.
Mereka
yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman
terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada
perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau
Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.
Tetapi
terdapat perbezaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah
undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang
jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan Pas di Kelantan.
Menghukum
orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat
ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah
tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang Pas
akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang
Pas tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk
dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia
sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.
5.
Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak.
Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang Pas jelas
menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku.
Justeru
itu undang-undang yang disediakan oleh Pas bukanlah undang-undang yang
menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan Pas yang
bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya
menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman.
Kerajaan
Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan
Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik
yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.
6.
Jika undang-undang Pas yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan
dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud
Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan
hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.
Ia
juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan
menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang
lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri
daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam
menolaknya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
Permasalahan
yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan
hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar.
Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim
mengikut hukum syarak.
Yang
kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan
khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya
sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara
Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau
daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai
Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”
Yang
peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat
Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal
70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala
Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002
terus dibuang sahaja fasal berkenaan.
Apakah
peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh
Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut
syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah
melakukan perbicaraan.
Dengan
itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.
Jadi, kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud Pas berbeza.
Pas mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan
mengatakan Hudud Pas adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak
Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.
Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu.
Jelaslah
Pas memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian
menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud Pas.
Diubahsuai daripada MyKMU.net
*
Hudud bermaksud HAD atau Hukum. Jadi perkataan Hududullah bermaksud
had-had yang ditetapkan Allah SWT atau Hukum Allah SWT. Hukum Allah SWT
adalah bersifat sejagat yakni WAJIB dilaksanakan ke atas semua manusia!
PAS pula membawa HUKUM HUDUD yang membawa maksud HUKUM-HUKUM dan hanya
akan dilaksanakan ke atas orang Islam. Jadi, kenapa perlu kita sibuk
memperjuangkan HUKUM-HUKUM yang bersifat berat sebelah berbanding HUKUM
ALLAH yang MAHA ADIL?!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan