Ambik Kau.....
ADUN Kota Alam Shah dikecam persenda Chong Wei
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pemuda UMNO mengutuk keras kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mempersenda dan memperlekehkan semangat juang yang dipamerkan oleh pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di temasya Olimpik London semalam.
Exconya, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, pemimpin pakatan pembangkang itu mempamerkan sikap buruk sedangkan semua rakyat Malaysia bersatu memberi sokongan jitu kepada Chong Wei.
"Amat keterlaluan beliau dengan nada mengejek telah menghina nama jaguh badminton negara kita dengan menukar nama ketiganya dari Wei kepada AWAYyang bermaksud jauh dalam bahasa Inggeris," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Muhammad Khairun berkata, Manoharan wajar segera memohon maaf secara terbuka kepada Chong Wei ekoran kenyataan menghinanya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan