Facebook Kontroversi - @Khairykj Buat Pembangkang Gigit Jari Sekali Lagi!!
Isu poster kontroversi kononnya disiarkan dalam FB milik Pemuda UMNO Malaysia terjawab apabila Khairy Jamaluddin membuat kenyataan menafikan FB itu adalah FB rasmi Pemuda UMNO Malaysia.
MiM percaya kewujudan poster kontroversi itu disengajakan dan salah satu black op pihak pembangkang untuk memalukan parti UMNO.
Tambahan pula, sesiapa sahaja boleh mendaftar nama UMNO dalam FB termasuk cybertroopers pembangkang. Dan perkara ini tidak mengejutkan kerana pembangkang memang mempunyai pasukan tersebut. Ada di antara mereka yang mempunyai lebih daripada 20 akaun FB tiap seorang!
Dan tidak masuk akal jika Pemuda UMNO Malaysia sengaja mencari kontroversi sedemikian rupa. Malah, adalah lebih logik jika poster kontroversi itu dilakukan oleh pembangkang untuk mengalih pandangan rakyat terhadap pergolakan besar yang berlaku di antara PAS dan DAP.
Sila baca kenyataan di bawah :
SHAH ALAM - Pemuda Umno menafikan laman rasmi Facebook kontroversi, yang mendakwa undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, dikendalikan oleh sayap itu.Seperkara lagi, kenapa tidak ada pihak yang mahu mengambil tindakan terhadap karikatur Zunar yang didakwa menghina bendera jakur gemilang?
Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu membuat laporan polis hari ini."Ya, bukan laman FB kami," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin menerusi mesej Twitter lewat malam tadi menjawab pertanyaan susulan pengikutnya.
Menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan."
"Kami akan membuat laporan polis esok (hari ini)," kata beliau.Laman sosial itu mengakui ia sebagai milik Pemuda Umno memuatkan mesej itu awal pagi kelmarin tetapi telah dikeluarkan selepas ditegur oleh kepimpinan PR termasuk Ketua Pembangkangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kandungan awal mendapat reaksi daripada kedua-dua PR dan penyokong Barisan Nasional (BN).Malah perkara itu turut dinafikan oleh Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN kelmarin dan berjanji akan menyiasat siapa pengendali dan pentadbirnya.Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.
Poster yang kontroversial itu menyatakan: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu).
"Pemaparan bahan berkenaan menjadi perhatian ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 semakin meningkat - SH
Kenapa tidak ada pihak yang menegur Malaysiakini, portal putar belit yang menyiarkan karikatur yang memualkan itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan