Najib Razak Diserang DAP Gara Gara Menjadikan Malaysia Pusat Percetakkan Al Quran Kedua Terbesar Di Dunia
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup bekerjasama dan memberi sokongan penuh dalam usaha menjadikan negara ini sebagai pusat pencetak Al Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi.
Menurut beliau, hasrat untuk menjadikan negara ini sebagai pusat pencetak Al Quran kedua terbesar di dunia dilihat sebagai usaha yang mulia.
"Usaha ini (menjadi pusat pencetak Al Quran kedua terbesar) merupakan satu usaha yang cukup mulia dan saya akan memberi kerjasama dan sokongan penuh bagi supaya cita-cita ini menjadi kenyataan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Al Quran dan Terjemahan Lazfiyyah (PERKATA) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.
Menurut Najib, majlis ini memberi pengertian yang besar buat umat Islam kerana ia dianggap sebagai menifestasi prihatin kerajaan dan ummah dalam usaha memartabatkan syiar Islam.
"Al Quran adalah mukjizat yang masih kekal dalam tangan umat Islam, terlalu banyak dalilnya yang memperlihatkan kebenaran wahyu Illahi yang ditinggalkan oleh junjungan besar, Nabi Muhammad untuk terus berkekalan selamanya," katanya.
Tambahnya, jika Al Quran dikaji sedalamnya, maka tiada secebis dari dalamnya yang boleh dinafikan.
"Pakar yang telah mengkaji(Al Quran) turut tidak boleh menafikan kebenarannya kerana segala telah terbukti kebenarannya seperti yang terkandung dalam Al Quran," katanya.
Najib turut berkata, Al Quran tidak mungkin hilang kerana sehingga ke hari ini semakin banyak naskah kitab suci itu dicetak.
"Selain itu, kita juga boleh dengan bacaan suci ayat Al Quran melalui rakaman serta daripada alatan teknologi yang sedia ada," ujarnya.
Sumber KL POS
Psssttt... Yang puak pembangkang nak marah sangat dengan tanggungjawap Najib Razak ni pasal apa?
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan