SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 5 Jun 2012

PANEL BERSIH : TAK PERLU LAYAN KARENAH PENYANGAK.


pedih bukan kalau oran gelarkan kita sebagai bangkai bernyawa.
bangkai bernyawa adalah siri-siri kesimpulan bahasa dalam budaya bangsa melayu.

bangkai itu adalah manifestasi benda mereput yang dah mati.
bangkai bernyawa ditamsilkan dengan olahan cerminan kepada benda/bahan/manusia yang tak guna.

tak guna berbeza dengan perkataan tak boleh guna.

kerajaan telah menubuhkan satu panel bebas dalam meleraikan siapa benar dan siapa bersalah dalam isu rusuhan 28 april.

bilamana bekas ketua polis negara tun hanif omar dilantik menjadi ketua panel, 2 bangkai bernyawa dalam senarai penjongos terbaik pakatan iaitu bar council dan suhakam menarik diri.

katanya tun hanif punyai conflict of interest.
bahasa jawa disebut ada kepentingan dalam berkepentingan.

sudah dikira menjadi trend politik sekarang apabila apa sahaja barang yang tidak memberikan jawapan yang memuaskan, maka satu bentuk panel akan dibentuk.

samada ianya digelar panel bebas.
samada ianya digelar RCI atau suruhanjaya diraja.
samada ianya digelar inkues.
pendengaran awam juga sedang mengambil tempat.

pembangkang cukup menggemari terma yang disebut di atas.

bagi mereka rakyat punyai hak untuk mendapatkan jawapan dalam keadaan melakukan perbicaraan isu secara yang paling terbuka.

bagi mereka rakyat punyai hak untuk mendengar pandangan kesemua pihak. pihak yang pro mahupun kontra.

bagi mereka stail di atas adalah peluang dalam menelanjangkan pihak yang berlawanan.

inkues teoh beng hock dilakukan selepas perbicaraan berlangsung.
panel bebas dan sesi pendengaran awam mengenai LYNAS juga telah berlangsung.

dalam masa terdekat satu panel bebas dalam menilai isu 28 april akan berlangsung.

mudah dibaca, bar council dan suhakam secara terbuka mengkritik perlantikan tun hanif atas alasan dia bekas ketua polis negara.

alasan ini dilempiaskan sebenarnya punyai matlamat.

damage kan dulu nama panel bebas yang dibentuk.
kerana apa ?

kerana mereka tahu mereka TIADA KEUPAYAAN menafikan hampir 700 jam bahan bukti yang telah dikumpul oleh panel bebas sewaktu pembentangan nanti.

suhakam dan bar council menarik diri.

nasihat dan pandangan 10 sen aku pada kerajaan.

pada asasnya kita tak perlu nak  menagih pengesahan 2 bangkai bernyawa ni dalam menyelesaikan isu.

kenapa perlu endorsement 2 bangkai bernyawa ni ?

kerajaan wajib meneruskan sesi panel ini tanpa menunggu restu 2 bangkai yang tak boleh pakai ni.

teruskan sepertimana yang telah panel LYNAS lakukan.

ajak rakyat untuk kemukakan bukti.
ajak semua untuk kemukakan hujah.

perbesarkan lagi sesi pendengaran ini kepada khalayak umum.
rakyat berhak tahu siapa yang benar dan siapa yang bersalah.

kerajaan tak perlu lalu bawah tapak kaki 2 bangkai ni untuk mintak izin buka gelanggang.

proceed terus tanpa bertangguh lagi. 

tun hanif omar tak perlu pergi pejabat bar council untuk mintak restu. rakyat nantikan keputusan panel bebas secepat yang mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan