SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 28 Jun 2012

PANAS BERAPI! SOAL JAWAB PASAL KEKAYAAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY YANG MESTI DIBACA!

Ok aku nak share dengan korang pasal satu komen dari pembaca yang aku rasa dia ni dah confuse dan mempunyai sangkaan buruk terhadap Tan Sri Syed Mokhtar, aku nak perjelaskan pada dia sebaik mungkin. Kalau tak puashati dengan jawapan aku, ada aku kisah?

Komen: Bukan nak dengki, walaupun Yayasan Bukhari dah dapat Pos Malaysia dengan tanah-tanahnya, Lapangan Terbang Senai dulu nama Lapangan Terbang Sultan Ismail, ada tertanya tak kenapa Tuanku Sultan perintah dikeluarkan nama almarhum Sultan?

Jawapan: Aku tertarik dengan komen part ini, kalau anda ada story penuh sila share kat sini, kalau tak ini aku anggap macam cerita penglipurlara tahap Anwar, dengan boleh, percaya jangan. Lagipun TS Syed Mokhtar dah invest hampir 3 billion di Johor tau, ianya lebih dari negeri kelahiran dia sendiri di Kedah!

Komen: Belum masuk lagi, tanah-tanah kerajaan yang berstatus premium gred A yang dapat kepada IJM yakni syarikat cina, yang Yayasan Bukhari ada pegangannya.

Jawapan: IJM adalah sayrikat joint-venture antara Syed Mokhtar dan lain-lain, bukan syarikat Cina, check ur fact bro, Lagi satu, lain-lain industri DRB-Hicom di pekan banyak beri peluang untuk orang melayu. Adakah syarikat Cina buat untuk melayu sepertimana Yayasan Bukhary buat?

Soalan: Apa jadi dengan Asian Petroleum Hub

Jawapan: Cuba Selidik balik saudara, tak de kena mergena pun dengan Yayasan Al Bukhary. Mana saudara dapat info ni? dari Anwar Ibrahim bagi ke?

Pertuduhan: Lebuhraya West-Coast Expressway yang harganya 6 billion, belum masuk kira lagi New Pantai Expressway, dan beberapa lagi inter-city highway dalam KL ni

Jawapan: Ini pun maklumat tak tepat, adakah syarikat lain tak dapat brader? Saudara cakap macam orang lain tak dapat langsung!

Pertuduhan: Ini belum masuk konsortium M*daj*ya-Ki*ra Ter*t*i untuk projek lebuhraya Central Spine Road (sampai Kelantan tuu) yang kosnya dijangka sekitar RM7 billion.

Jawapan: Kan ke bagus syarikat melayu yang buat? Adakah saudara akan gembira sekiranya Robert Kuok atau YTL yang buat? Kalau melayu boleh laksanakan, takkanlah mereka tak patut diberi perluang? Ada kemampuan dan kebolehan buat je la, kenapa pasal syarikat melayu maka kena tolak la ya?

Pertuduhan: Apa tak ada konsortium bumiputera lain lagi ke yang layak juga untuk buat dan urus highway?

Jawapan: Kalau bagi pada plus atau yang lain pun saudara akan bising perkara sama, apa tak ada orang melayu lain boleh buat? Takkanlah kita nak buat macam PAS buat highway? Ambil duit derma rakyat lepas tu tak tau lagi nasib nak dapat jalan ke tidak atas highway tu?

Pertuduhan: Dalam IT pun ada jugak. Cuba pergi selidik, syarikat mana yang dapat kontrak untuk E-Tanah (yang MAMPU sebagai agensi kerajaan sendiri boleh buat), tengok hubungannya dengan P*nc*k S*m*ng*t.

Jawapan: Cuba saudara siasat siapa yang dapat kontrak Computerisation LHDN? Ada sesiapa kisah nak tanya?

Pertuduhan: Supply beras pun dia control. Melayu lain tak boleh buat ke? Kenapa satu orang je monopoli?

Jawapan: Wahai Saudara, dulu masa Robert Kuok control supply gula tak ada pulak orang pertikai, lagi sekali kita tanya kalau orang ada kebolehan dan kemampuan salah ke? Tepung tu Robert Kuok pegang AP tak pulak saudara marah ya?

Soalan: Bro, orang melayu kita pun marah bro, terutamanya yang buat bisnes, habis cina control buat apa lagi?

Jawapan: Ciina control kita marah, dah bagi kat MELAYU control pun NAK marah juga, ish! Serba tak kena la saudara ni...make up your mindlah saudara brader!

Pertuduhan: Betul bro, memang dia banyak bagi sumbangan yang itu, yang ini, masjid lah, pada UMNOlah dan sebagainya, tapi, ingat bro, 1 orang 1 undi je. Sebab itulah golongan bandar melayu fikir banyak-kali untuk beri undi pada kerajaan. Kalau 1 orang je Melayu yang boleh berniaga, itupun belakang cina belaka, yang lain boleh balik kampung tanam jagung laa.

Jawapan: Betul ke satu orang melayu saja yang kaya saudara? Cakap biarlah berakal dan cerdik sikit. Macamana nak bagi orang melayu lain kalau macam ni punya argument...kalau bagi betul la orang tuduh kroni...sebelum buka mulut kaji dan selidiklah dulu, jangan sedap cakap saja

Soalan dan cadangan: Datuk Najib kena ingat, dulu Pak Lah jatuh kerana Scomi dan menantunya. Kita tahu PM kita bekerja keras untuk bantu rakyat. Cuma kita tak mahu PM terlepas pandang. Kita tak mahu PM kita dikaitkan dengan perkara sebegini. Dengar nama Yayasan Bukhari saja, semua lari ke tepi, masuk tender pun buang masa saja. Harap bro kaji dulu perkara ni. DAP bercakap atas dasar kepentingan politiknya. Tapi, kita sendiri pun kena maklum isu ini. Jangan hentam keromo sahaja nak sokong.

Jawapan: benar saudara apa yang dibuat Pak Lah meman kita tak nafikan, semuanya hampir musnah disebabkan dia, itu benar tapi saudara silap kerana menyamakan Yayasan Al Bukhary dengan Scomi, harus diingat saudara pun jangan hentam keromo saja nak bangkang dan marah. Pahit getir dilalui oleh Syed Mokhtar tak sama dengan Scomi yang datang entah dari mana dan terus jadi kaya gila.

Sumbangan Yayasan Al Bukhary kepada negara kita dan rakyat Malaysia memamg banyak saudara, kalau nak tulsi, tujuh hari tujuh malam pun tak habis. Dah berbuih mulut aku cerita pasal Syed Mokhtar ni. Saudara kena ingat, semua sayrikat yang dibeli oleh Syed Mokhtar ini dibeli dengan haraga pasaran dan kadang-kadang tu dia bayar lebih dari harga pasaran yang sebenar!

Adakah saudara tahu ramai peniaga Melayu yang dapat projek atau kontrak kecundang diluar sana? Kenapa? ada yang tak cukup dana, ada yang dapat projek terus lupa diri. Ada yang dapat projek tapi disabotaj kaum DAP kerana mereka control tau control semua perniagaan runcit!

Cuba saudara bayangkan kalau takde Mydin di negara kita ni, betapa susah orang melayu yang nak hidup dengan IKS? Produk mereka selalu dikeepikan dan tak mendapat tempat di rantaian kedai kaum DAP ni, sebab ada Mydin la banyak produk Melayu dipasaran ni sampaikan Giant, Carrefour dan Tesco juga sudah mula menerima mereka!

Tahukah saudara disebabkan Tan Sri Syed Mokhtar ada banyak sayrikat maka supplier untuk kesemua syarikat dia ni membuka ruang untuk orang melayu berniaga? Perlu ke saya perincikan lagi?

Allah bagi akal saudara, gunalah dengan sebaik-baiknya dan jangan bunuh saudara sendiri!

Sekian. Terima Kasih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan