SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Rabu, 13 Jun 2012

PANAS BERAPI! PENJELASAN ISU PTPTN YANG MESTI DIBACA SEMUA!

Aku cukup suka betul isu PTPTN kat Unisel ni, menteri baru gempak sikit, naik kelam kabut semua pemimpin Pakatan ya? Muahahahahaha, itu hari bukan main lagi nak bagi pendidikan percuma, kena gertak sikit terus meroyan macam anjing gila!

Mari kita baca penjelasan Menteri Pengajian Tinggi pasal isu ini:


KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang kini ditarik balik, bukan bertujuan membebankan penuntut institut pengajian tinggi itu. Beliau berkata, tindakan itu dilakukan sebagai respons kerajaan pusat terhadap perhimpunan haram yang dianjurkan pembangkang yang mendesak PTPTN dihapuskan di ibu kota pada 14 April lalu.
“Kerajaan bukan nak seksa pelajar tetapi hanya ingin lihat kemampuan kerajaan negeri Selangor dalam melaksanakan pendidikan percuma dan ternyata mereka tidak mampu.
“Jika mereka (kerajaan negeri Selangor) dakwa mampu melaksanakan pendidikan percuma melalui kaedah mengapung aset (tanah) UNISEL, ia adalah tidak logik sama sekali,” katanya selepas merasmikan Kongres Kejuruteraan Dunia, Sains dan Teknologi 2012 (ESTCON), di sini, hari ini.
Pada 6 Jun lalu, Mohamed Khaled mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar baru UNISEL bagi menentukan keupayaan kerajaan Selangor pimpinan PKR-DAP-PAS memberikan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka.
Bagaimanapun, pembatalan pembekuan pinjaman itu ditarik balik pada 8 Jun lalu.
Mohamed Khaled juga menegaskan bahawa cadangan pembekuan itu hanya membabitkan pelajar kemasukan semester baru pada April lalu dan tidak membabitkan penuntut yang masih mendapat pinjaman dan sedang mengikuti pengajian.
Mohamed Khaled turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan menjadikan isu pembekuan PTPTN sebagai alat politik untuk menghukum kerajaan negeri pimpinan pembangkang sehingga membebankan pelajar.
“Kerajaan tidak menjadikan PTPTN sebagai alat nak hukum sesiapa terutamanya pelajar selepas apa yang pembangkang terlebih dulu hebahkan berhubung kemampuan mereka dalam memberikan pendidikan percuma.
“Bila kerajaan lakukan pembekuan, kelam kabut (kerajaan negeri) nak apung aset itu ini padahal mereka langsung tidak mampu,” katanya.
Mohamed Khaled berkata, faktor utama pembatalan pembekuan PTPTN itu dilakukan selepas mempertimbangkan rayuan daripada Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad yang memaklumkan bahawa pinjaman PTPTN amat diperlukan penuntut UNISEL dalam meneruskan pengajian.
“Kita batal pembekuan sebab terima respons melalui surat daripada pihak pentadbiran UNISEL bukannya sebab dakwaan kerajaan takut lihat pembangkang mampu laksanakan pendidikan percuma.
“Rakyat perlu bijak menilai perbezaan tindakan kerajaan yang hanya melakukan pembekuan, itu pun sudah ditarik balik sedangkan pembangkang pula nekad untuk hapuskan PTPTN yang telah banyak memberikan peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian,” katanya.
PTPTN membelanjakan RM3 juta kepada kira-kira 5,000 pelajar di UNISEL untuk setiap pengambilan semester baru bagi menampung yuran pengajian dan kos sara hidup.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan