SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 11 Jun 2012

'A DOCTOR IN THE HOUSE' DIJEMPUT MENJADI PENASIHAT EKONOMI YAMAN!

Kat sini Anwar dan pengikut anak haram dia menghina Tun M termasuk la si hanjeng yang makan duit UMNO yang kononnya nak reformkan UMNO tu, mereka cakap macam-macam pasal Tun M padahal orang tua tu punya pasal la ini hari negara kita dikenali dan maju.

Aku sayang Tun M dan aku tau Tun M memang terbaik, dari segi ekonomi, susah la nak lawan dengan negarawan ni, dia memang hands-on dan cepat memahami masalah, itulah bezanya doktor dan yang lain-lain. Mereka ni akan diagnos masalah untuk mencari penyelesaian.

Kepada penjilat Anwar, korang compare kerja dia dengan Tun M, ibarat langit dan bumi beb, Tun M semakin hari semakin terpancar NUR dimuka dia, manakala Anwar pula semakin ternampak akan kedajalannya! Baca keratan kat bawah ni:

Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana’a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.

Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia.

Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai ‘Keajaiban Malaysia’.

“Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman,” katanya.

Baca seterusnya di Perak Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan