HINA MAHKAMAH - PEMBANGKANG MELALUI SUARAM CUBA CETUS PERANG DENGAN PERANCIS !!!
Nampaknya SUARAM dan pembangkang tetap berdegil ingin terus bermain dengan isu kapal selam scorpene walaupun tuduhan mereka telah dijawab dan dipatahkan berkali-kali.
Sudah
menjadi taktik pembangkang untuk ‘buat bodoh’ apabila terkantoi dan akan
terus memainkan fitnah yang sama walaupun ia telah dijawab berkali-kali
beserta dengan bukti.
Contohnya,
isu cincin Datin Seri Rosmah, isu anak Dato’ Seri Najib berbelanja di
Australia sehinggalah isu pembunuhan Altantuya dan scorpene ini, yang
mana semuanya telah diperjelaskan dan bukti telah pun dikemukakan bagi
menafikan tuduhan mereka.
Dalam
kes scorpene ini, SUARAM dan pembangkang telah pergi ‘agak jauh’ iaitu
dengan menggunakan nama mahkamah negara asing bagi menguatkan hujah
mereka.
SUARAM
juga menyatakan bahawa kes ini sedang disiasat dan kononnya terdapat
penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya
permintaan rasuah secara terang-terangan.
Kononnya juga, Perdana Menteri akan disapina dan diheret ke mahkamah Perancis.
Malah
lebih dahsyat lagi, mereka mengaitkan pula urusniaga dan rasuah tersebut
dengan pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu dan
membayangkan pembabitan Perdana Menteri dalam semua kes ini.
Pembangkang nampaknya benar-benar berpegang dengan kata-kata bahawa, ‘lebih besar penipuan itu lebih ramai yang akan percaya’.
Sebenarnya, tidak semestinya.
Ada kalanya apabila penipuan itu terlalu besar ia akan menjadi raksaksa yang memakan diri.
Hakikatnya,
benar, ada aduan rasuah mengenai pembelian kapal selam scorpene dari
DCNS oleh Malaysia yang dibuat oleh SUARAM kepada mahkamah Perancis.
Dan
tidak seperti di Malaysia, di mana pihak polis atau SPRM yang
bertanggungjawab menyiasat sesuatu aduan rasuah, di Perancis, pihak
mahkamah yang menyiasatnya di bawah arahan Hakim.
Selama
siasatan dibuat iaitu dalam masa 2 – 3 tahun, mengikut anggaran hakim
Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini,
pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh
dikenakan tindakan menghina mahkamah.
Dan
sekiranya, siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan dari mana-mana
pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan
keterangan dari pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman
dari Perancis.
Oleh itu, tidak timbul soal mengsapina Perdana Menteri atau sesiapa saja dari Malaysia untuk hadir di mahkamah Perancis.
Sekiranya,
hakim mendapati terdapat keperluan untuk membawa kes ke perbicaraan,
maka beliau perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang lebih
tinggi kerana hanya mahkamah yang lebih tinggi yang dapat menentukan
sama ada kes tersebut boleh dibicarakan atau tidak.
Jelaslah,
apa yang dilakukan oleh SUARAM, iaitu mewar-warkan apa yang dikatakan
mereka sebagai ‘bukti’ serta membuat komen, malah kenyataan rasmi
terbuka di media, adalah satu bentuk penghinaan yang serius terhadap
mahkamah Perancis.
Maka, secara rasminya SUARAM boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah sekiranya ada pihak yang membuat aduan terhadap mereka.
Jika
kita lihat perkembangan kes ini di Perancis sendiri atau di mana-mana
jua, kita akan dapati tiada langsung komen dari pihak DCNS yang
dikatakan sama-sama memikul kesalahan jika benar telah terlibat memberi
rasuah dalam urusniaga kapal selam dengan Malaysia.
Ini
kerana DCNS cukup arif mengenai prosedur undang-undang di negaranya dan
mengelak untuk memberi komen, membela diri atau menjelaskan apa-apa
mengenai apa-apa jua.
Hanya SUARAM a.k.a pembangkang Malaysia yang ke hulu ke hilir menjaja cerita rasuah antara DCNS dengan Malaysia.
Kerana apa ???
Kerana pilihanraya semakin hampir, itu saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan