SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 21 Jun 2012

PANAS BERAPI! PAS DAN DAP HALANG PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI PERAK!

 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengingatkan pihak pembangkang terutamanya Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye supaya tidak memanipulasi isu pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Desa Aman untuk kepentingan politik sempit yang akhirnya dibimbangi akan mengeruhkan perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini.

Katanya, isu itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan kerana majoriti penduduk yang tinggal di kawasan itu kaum Melayu dan beliau sendiri menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibu bapa murid yang mahu anak mereka belajar di sebuah sekolah yang lebih selesa.

“Pembinaan SAR ini sebenarnya tiada masalah pun…kenapa pihak pembangkang nak kacau dan saya sendiri menerima SMS daripada ibu bapa murid sekolah ini yang mahu melihat anak mereka belajar dalam suasana yang lebih selesa.

“Oleh itu, saya minta Boon Chye jangan kacau isu pendidikan di kawasan itu kerana majoriti 85 peratus penduduk di situ adalah Melayu dan jika kaum Cina tidak suka kaum lain kacau pendidikan mereka, maka begitu juga kaum Melayu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini.

Isu SAR Taman Desa Aman telah berlarutan hampir sebulan yang lepas dan ramai umat Islam di kawasan berdekatan dipercayai masih kurang faham dengan isu itu yang diputarbelitkan oleh pemimpin PAS dengan bantuan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

Read more...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan