ISNIN ( 11 JUN 2012 )
NIZAR perlu diajar supaya tidak lahir `Nizar' kedua..
Biadap dan kurang ajar..! |
KEDAULATAN Raja-Raja Melayu yang
menjadi payung rakyat di Tanah Melayu ini semestinya dipertahankan bukan
sekadar kenyataan media semata-mata tetapi ianya perlu lebih tegas dengan
tindakan undang-undang sebagai pengajaran agar ianya tidak menjadi ikutan pada
mereka yang suka mengambil kesempatan.
“Janganlah kita terlalu lemah lembut
dalam soal ini (penderhakaan) terhadap Raja-Raja kita dan janganlah sampai
bukan bangsa Melayu yang tidak tahu adab dan adat turut sama dengan alasan
tuu...orang Melayu pun boleh cakap pasal dia punya raja, tarak apa pun...tarak
masuk penjara pun...” kata kawan-kawan ketika bersembang dengan Kawan di
Riverside Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru.
Isunya ialah pembidaan nombor pendaftaran
kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan harga RM520,000
dan dikritik secara terbuka oleh bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin
melalui twitter yang anggap duit sebanyak itu boleh dibelanjakan untuk bantu
rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin.
Kritikan Nizar itu mendapat reaksi
Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim yang menempelak
Nizar kerana membuat kritikan tanpa kajian.
Isu itu timbul dan menjadi perbualan
dikalangan orang-orang politik malah mendapat komen-komen yang agak 'kurang
sopan' di laman-laman blog. Facebook dan twitter.
Penulis hanya pasang telinga, kalangan
tukang sembang ada yang kata, “kebiadaban dan keceluparan Nizar itu amat
keterlaluan, inilah unsur pengajaran yang hendak diajar oleh seorang Melayu
pada generasi muda hari ini supaya boleh tegur sapa saja termasuklah Raja-Raja
Melayu”
“Kalau tidak ada satu pengajaran untuk
mentaati Raja-Raja Melayu maka tidak hairanlah di masa depan akan ada lebih
ramai 'Nizar' dan ketika itu nasi sudah jadi bubur”
Semalam juga telah dimaklumkan dah
ramai buat 'report' polis pasal Nizar tu dan Kawan juga dah baca kenyataan
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif dah tubuh pasukan petugas
untuk siasat Nizar di bawah Akta Hasutan.
Para sahabat yang mengulas isu itu
berharap akan ada satu perlaksanaan tindakan tegas sebagai pengajaran pada
semua pihak dan pingat Datuk Seri itu ditarik balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan