SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 29 Jun 2012

DAP TETAP MENENTANG HUDUD

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malam tadi 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dalam program wacananya untuk mendekati Melayu di Shah Alam malam tadi, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu itu kepadanya.

NONELim mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" di dalamnya.

Bagaimanapun tegasnya, perkara itu tidak menghalang DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR khususnya dalam perkara yang dipersetujui seperti menentang kemungkaran dan membanteras rasuah.

"Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan.

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP mengancam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini.

Jelas disini menunjukkan bahawa DAP tidak menenrima Hudud dan apa pula yang hendak dikatakan lagi oleh PAS yang selama ini mengatakan bahawa DAP menerima Islam dan Undang-Undang Islam jika Pakatan Rakyat memerintah?

Ternyata jika Pakatan rakyat memerintah, akan lebih huru-hara apabila parti yang memerintah tidak sehaluan dan ianya sama sekali akan menjatuhkan nama baik negara dimata dunia kelak.

Kepada pengundi-pengundi, Sangkakala rasa, adalah tidak wajar jika memperjudikan nasib anak cucu kita nanti hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu pemimpin seeperti pemimpin dalam pakatan Rakyat. - SANGKAKALA -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan