SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 27 September 2012

PRU 13 - Besar Kemungkinan Di tahun 2013.... Perhimpunan Agong Dahulu???..


PRU 13 - Besar Kemungkinan Di tahun 2013.... Perhimpunan Agong Dahulu???...


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi bayangan baru mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - ia tidak akan diadakan dalam waktu terdekat walaupun ramai membuat spekulasi ia akan dipanggil November ini.

Menurutnya, PRU13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung mulai 27 November hingga 1 Disember ini.

"Tidak mungkin PRU13 diadakan dalam masa terdekat.

Jika PRU13 diadakan dalam masa terdekat ini, sudah semestinya Perhimpunan Agung Umno juga akan ditangguhkan," kata beliau pada sidang media selaps mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, hari ini.

Pada 7 September lalu, Najib memberi bayangan terbaru – di Kelantan – mengenai tarikh PRU13 yang menjadi bahan spekulasi sejak awal tahun lalu.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau "sudah mahu" mengumumkan tarikh PRU13 yang dinanti-nantikan banyak pihak."Ambo rasa nak umum pilihan raya dah. Pilihan raya ini sebenarnya untuk apa. Ini adalah untuk masa depan kita," katanya.


Hujung bulan lalu, ketika berucap di Baling, Kedah, Najib secara berseloroh berkata, beliau sudah ada semangat untuk membubarkan Parlimen - bagi membuka laluan kepada PRU13, yang pertama bagi beliau selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN."Semangat nak bubar Parlimen... tengoklah dulu," kata beliau di akhir ucapannya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan berkumpulan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda Baling.

Sebelum ini ramai meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan Jun atau awal Julai lalu sebelum bermulanya bulan Ramadan.Bagaimanapun spekulasi terbaru selepas 1 Syawal menunjukkan ramai meramalkan PRU13 akan diadakan November ini selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.

Pun begitu ada yang menjangkakan ia hanya akan dipanggil selepas Februari depan.Najib selaku Perdana Menteri mempunyai budi bicara untuk membubarkan Parlimen dengan memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan