BN yakin dapat takluk tiga negeri pembangkang
SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) yakin mampu menakluki tiga negeri pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, selain merampas balik tiga negeri pembangkang iaitu Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, mereka akan mempertahankan Johor, Sabah dan Sarawak, daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya, BN tidak akan melepaskan tiga negeri itu dengan mudah kepada PR setelah pelbagai usaha dilakukan untuk menambah baik taraf kehidupan rakyatnya.
“Adakah mereka yakin rakyat menyukai mereka? Sebaliknya, rakyat akan pilih dasar dilaksanakan Perdana Menteri kerana ia beri kebaikankepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Fadhillah Yusuf berkata, kenyataan itu hanya omong kosong PR.
Menurutnya, pada pilihanraya umum lalu pun PR pernah keluarkan kenyataan mampu menawan Sarawak, namun gagal berbuat demikian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan